Boleh dikatakan aku tengah rajin laa nie , nak update blog nie . . Kalau tak , entah entah bulan depan agaknya baru aku nak update kan ? Ceritanya . . Excited kata kau kan ? Anak sendiri dah pon menghadapi hari lahirnya yg pertama pada 2 June 2016 hari tu . So . . Macam mak mak yg lain jugak laa . . Aku pon apa kurangnya ? Tak ketinggalan nak celebrate sikit , buat makan sikit sikit untuk happykan anak aku yg sulong nie , Hawa Nurraida .
Hawa Nurraida bt. Abdul Razak
Nama diberi
Hawa = Isteri Nabi Adam , Nabi yg pertama sekali
Nur = Cahaya berseri seri yg setiap orang ingini
Raida = Pemimpin yg disegani suatu hari nanti , maybe ?
Sebelum tibanya hari lahir Hawa , aku memang awal awal lagi nak buat makan makan nie pada hari yg ada air . Ye laa . . Mersing masih lagi mengamalkan sistem air yg bercatu ok , masih lagi . Fuhh . So . . masa 4 June 2016 , hari Sabtu hari tu ada air & hari orang tak kerja , aku buat masa hari tu la celebration sikit untuk Hawa . Sekali makan makan untuk menyambut puasa jugak . . Bukan niat aku nak menunjuk atau riak atau apa pon yg negatif , sekadar aku nak abadikan kenangan kat blog nie . . Apa yg penting , panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t , kerana dengan izinNya , anak aku Hawa Nurraida membesar dengan sihat & cerdik .
Sengaja aku pilih tema Upin & Ipin sebab , Hawa kalau nampak je dua beradik kembar tu . . Dia punya sengih . . Lain macam ! Lucu sangat kot bagi dia ? Ada jugak kawan kawan aku yg tanya , kenapa tak pilih tema Frozen ke ? Hello Kitty ke ? Ermm , sebab . . Aku pilih yg Hawa suka , yg Hawa tahu . Hehehe . Jom laa . . Layan gambar dulu okeiy ?
Untuk persiapan tempat , aku deco deco sendiri je . malam tu Hawa dah tido , aku pon buat laa apa yg patut . Tak siap malam , sambung lepas subuh pulak . Hawa bangun tido je , aku bawak dia pergi depan , tunjuk kat dia . . Dia punya ketawa . . Bukan main lagi ! Syiok sangat aku rasa bila tengok dia ketawa macam tu taw ! Huhu .
Menu pada hari tu aku pilih menu yg simple simple je . Lagipon aku buat waktu agak dah petang macam tu laa . . The very big thanks tu hakak hakak aku & suami aku sebab tolong siapkan bahagian masak memasak makanan pada hari tu . Bab makanan , aku tak berapa nak amek bahagian sangat . Aku lebih suka jadi investor , selebihnya aku serahkan pada yg pro ! Hehehe . Aku bagi duit , aku tau semua setle ok ? Wkwkwk . Tetamu pon aku jemput kawan kawan rapat & jiran jiran yg dekat dengan rumah aku je . Itu pon ramai jugak yg tak dapat datang sebab tengah musim school break kan . . Ramai yg pergi bercuti & balik kampung . Terima kasih kepada kawan kawan aku & jiran jiran aku yg datang untuk meraikan hari lahir Hawa yg pertama nie .
Salah seorang tetamu yg datang , meet my best friend forever , Cik Rohamiza bt. Abdul Majid . Dia datang dengan someone . Someone special maybe ? Hahaha . Kalau kau baca nie , sila bagi respon sikit taw ! Siap ada props kau . . Ye laa . . Hawa , kalau Hawa nak tahu , masa umi & ayah kawin dulu , tak sempat nak buat props bagai nie nak oii . . Makanya , masa birthday Hawa nie laa umi saja nak buat . Untuk suka suka je . Itupon idea daripada Kak Ekin kau .
Umi & Ayah Hawa nak jugakkk . . Hehehe .
Mentang mentang laa dia Big Boss kan . . =P
tQvm kepada Kak Yusnita yg buatkan kek nie . . Kak Yusnita jugak yg buatkan kek masa aku kawin dulu . Memang sedap .
Tetamu yg datang dapat laa merasa doorgift yg tak seberapa nie . tQvm jugak kepada penaja minuman ringan Drinho , cawan siap ada sticker Upin & Ipin oleh Les CopaQue Sdn. Bhd. & penaja beg bunga bunga tu . . Pn . Julie Ent . Untung laa Hawa . Banyak nooo . . yg tukang sponser ! Hakkhakk .
Buat anak umi & anak ayah , Hawa Nurraida . . Umi & ayah doakan Hawa sentiasa sihat , membesar dengan sempurna , bijak & menjadi anak yg solehah . In shaa Allah , umi & ayah akan bagi yg terbaik untuk Hawa . Masa umi tengah taip entry nie , Hawa dah pon pandai berjalan dengan jayanya . Alhamdulillah . Umi & ayah saaayang Hawa ! Mmmuahhh !
Okeiy , semua tetamu dah balik . Boleh laa Hawa buka hadiah ye ? Hikkhikk . Terima kasih kepada yg datang , yg bagi hadiah . Hawa suka suka suka .
Thats all for today . tQvm for reading this entry . Ok bye !