Hawa Nurraida Turns 1 !

Assalamualaikum & hye & hello . .

Boleh dikatakan aku tengah rajin laa nie , nak update blog nie . . Kalau tak , entah entah bulan depan agaknya baru aku nak update kan ? Ceritanya . . Excited kata kau kan ? Anak sendiri dah pon menghadapi hari lahirnya yg pertama pada 2 June 2016 hari tu . So . . Macam mak mak yg lain jugak laa . . Aku pon apa kurangnya ? Tak ketinggalan nak celebrate sikit , buat makan sikit sikit untuk happykan anak aku yg sulong nie , Hawa Nurraida .



Hawa Nurraida bt. Abdul Razak
Nama diberi
Hawa = Isteri Nabi Adam , Nabi yg pertama sekali
Nur = Cahaya berseri seri yg setiap orang ingini
Raida = Pemimpin yg disegani suatu hari nanti , maybe ?

Sebelum tibanya hari lahir Hawa , aku memang awal awal lagi nak buat makan makan nie pada hari yg ada air . Ye laa . . Mersing masih lagi mengamalkan sistem air yg bercatu ok , masih lagi . Fuhh . So . . masa 4 June 2016 , hari Sabtu hari tu ada air & hari orang tak kerja , aku buat masa hari tu la celebration sikit untuk Hawa . Sekali makan makan untuk menyambut puasa jugak . . Bukan niat aku nak menunjuk atau riak atau apa pon yg negatif , sekadar aku nak abadikan kenangan kat blog nie . . Apa yg penting , panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t , kerana dengan izinNya , anak aku Hawa Nurraida membesar dengan sihat & cerdik .

Sengaja aku pilih tema Upin & Ipin sebab , Hawa kalau nampak je dua beradik kembar tu . . Dia punya sengih . . Lain macam ! Lucu sangat kot bagi dia ? Ada jugak kawan kawan aku yg tanya , kenapa tak pilih tema Frozen ke ? Hello Kitty ke ? Ermm , sebab . . Aku pilih yg Hawa suka , yg Hawa tahu . Hehehe . Jom laa . . Layan gambar dulu okeiy ?




Untuk persiapan tempat , aku deco deco sendiri je . malam tu Hawa dah tido , aku pon buat laa apa yg patut . Tak siap malam , sambung lepas subuh pulak . Hawa bangun tido je , aku bawak dia pergi depan , tunjuk kat dia . . Dia punya ketawa . . Bukan main lagi ! Syiok sangat aku rasa bila tengok dia ketawa macam tu taw ! Huhu .



Menu pada hari tu aku pilih menu yg simple simple je . Lagipon aku buat waktu agak dah petang macam tu laa . . The very big thanks tu hakak hakak aku & suami aku sebab tolong siapkan bahagian masak memasak makanan pada hari tu . Bab makanan , aku tak berapa nak amek bahagian sangat . Aku lebih suka jadi investor , selebihnya aku serahkan pada yg pro ! Hehehe . Aku bagi duit , aku tau semua setle ok ? Wkwkwk . Tetamu pon aku jemput kawan kawan rapat & jiran jiran yg dekat dengan rumah aku je . Itu pon ramai jugak yg tak dapat datang sebab tengah musim school break kan . . Ramai yg pergi bercuti & balik kampung . Terima kasih kepada kawan kawan aku & jiran jiran aku yg datang untuk meraikan hari lahir Hawa yg pertama nie .


Salah seorang tetamu yg datang , meet my best friend forever , Cik Rohamiza bt. Abdul Majid . Dia datang dengan someone . Someone special maybe ? Hahaha . Kalau kau baca nie , sila bagi respon sikit taw ! Siap ada props kau . . Ye laa . . Hawa , kalau Hawa nak tahu , masa umi & ayah kawin dulu , tak sempat nak buat props bagai nie nak oii . . Makanya , masa birthday Hawa nie laa umi saja nak buat . Untuk suka suka je . Itupon idea daripada Kak Ekin kau .




Umi & Ayah Hawa nak jugakkk . . Hehehe .

Mentang mentang laa dia Big Boss kan . . =P

tQvm kepada Kak Yusnita yg buatkan kek nie . . Kak Yusnita jugak yg buatkan kek masa aku kawin dulu . Memang sedap .

Tetamu yg datang dapat laa merasa doorgift yg tak seberapa nie . tQvm jugak kepada penaja minuman ringan Drinho , cawan siap ada sticker Upin & Ipin oleh Les CopaQue Sdn. Bhd. & penaja beg bunga bunga tu . . Pn . Julie Ent . Untung laa Hawa . Banyak nooo . . yg tukang sponser ! Hakkhakk .

Buat anak umi & anak ayah , Hawa Nurraida . . Umi & ayah doakan Hawa sentiasa sihat , membesar dengan sempurna , bijak & menjadi anak yg solehah . In shaa Allah , umi & ayah akan bagi yg terbaik untuk Hawa . Masa umi tengah taip entry nie , Hawa dah pon pandai berjalan dengan jayanya . Alhamdulillah . Umi & ayah saaayang Hawa ! Mmmuahhh !

Okeiy , semua tetamu dah balik . Boleh laa Hawa buka hadiah ye ? Hikkhikk . Terima kasih kepada yg datang , yg bagi hadiah . Hawa suka suka suka .

Thats all for today . tQvm for reading this entry . Ok bye !


Bahagian Untuk Jiran Yang Baik .

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Jumaat  . .


Siapa jiran kita ?

Sabda Rasullullah S.A.W : " 40 buah rumah . Di sekeliling kita , kanan , kiri , depan , belakang, tak kira rumah orang Islam atau orang kafir . "

Tapi hari nie tak mungkin la aku nak bercerita sampai 40 buah rumah jiran aku , takkk . . Cukup la aku sekadar nak berkongsi & meluahkan  rasa rindu pada jiran sebelah rumah aku yg hari nie dah 13 hari pergi menghadap Ilahi . Lezam bt. Yunos @ Kak Uda . Seorang jiran yg amat baik . Aku anggap Kak Uda nie dah macam kakak aku sendiri . Aku rasa sesiapa pon memang senang dengan Kak Uda . Baru balik menunaikan umrah , terusss . . Allah menjemputnya ! Terlalu pantas masa berlalu . Arwah juga merupakan mama kepada blogger Eyja Lukman . Cik Ida doakan semoga Eyja & adik adik sentiasa tabah . Allah lebih sayangkan mama , mesti mama tenang kat sana kan ?

Hari Jumaat penghulu segala hari , AlFatihah untuk jiranku Lezam bt. Yunos . .



Tiap tiap hari aku sapu sampah kat depan rumah , mesti terbayang bayangkan arwah tengah sidai kain & tengah siram pokok bunga . Sebak rasa hati nie , Allah je yg tahu . Bahagian untuk jiran yg baik kan . . Mesti la ramai orang yg sayang . Kak Uda dah la pandai masak . Aku ingat lagi , masa aku pregnantkan Daq Wawe , aku ada suruh Kak Uda buatkan mee goreng & karipap . Sebabbb . . Dia buat memang sedap . Aku tak nak orang lain yg buat , nak dia juga yg buatkan . Mesti la Kak Uda buat . . Sekarang nie dah tak dapat dah nak merasa air tangan Kak Uda . (T_T) . . Last sekali Kak Uda masakkan bubur kacang untuk kenduri kat rumah aku masa sebelum dia nak pergi umrah hari tu . . Sebab tu aku cakap , arwah nie memang baekkkkk sangat orangnya ! Tolong menolong tu memang dia la yg win sekali . Kalau bab kenduri kendara kat rumah aku nie , jarang la dia tak join . .


Lepas arwah Kak Uda balik dari umrah , ada 2 kali je aku sempat bersembang dengan dia , sebab dia dah jarang keluar rumah sebab dah tak berapa sihat . . Aku sebagai jiran nie pon dah sedih tahap apa , inikan pulak anak anak dia kan ? Tak pe . . In shaa Allah . . Syurga buatmu Kak Uda . Masa tengah taip entry nie , memang sebak sangat . . Teringat kat Kak Uda . Sebelum nie , doa aku lepas solat untuk mereka yg dah pergi khas untuk Abah , Abang Ngah & Kak Nab , sekarang nie . . Tambah lagi seorang . . Untuk jiranku , Lezam bt . Yunos . Ini untuk bahagian Kak Uda , sebab dah jadi jiran yg terbaik di dunia nie . Semoga Kak Uda tenang kak sana  . .

Di kesempatan nie , aku nak share la juga . . Adab adab kita dalam berjiran & serba sedikit info pasal kejiranan . .







Semoga bermanfaat & tQvm for reading this entry !

100 Hari Pemergian Kakanda Tersayang .

Assalamualaikum w.b.t . .


How time's running so ~ ~ ~ fast ! Sedar tak sedar , aku sedar lagi . . Sudah 100 hari pon kakak aku pergi menghadap Ilahi , pergi meninggalkan aku & keluarga aku . .


AlFatihah . Zainab Binti Hussain . 1971 - 2015 .



Siapa yg akan sangka , orang yg tersayang disekeliling kita akan pergi meninggalkan kita dalam usia yg masih muda . Betul . Kematian itu akan menjemput kita pada bila bila masa . Cuma . . Kita je yg tak tahu . Syarat untuk mati itu bukanlah bila kita dah tua , ataupon bila kita dah sakit , SYARAT MATI ADALAH HIDUP ! Sesuatu yg hidup , pasti akan mati . Allah takkan menguji kita kalau kita tak mampu . Kena selalu ingat benda tu . Bila kita ingat yg tu , In shaa Allah , kita akan terusss kuat .

Mungkin lebih menyayat hati kalau ahli keluarga kita pergi secepat yg kita langsung tak pernah memikirkan yg dia akan pergi kan ? Kakak aku . . Dia pergi secara perlahan lahan . Maksud aku , kakak aku sakit . . Bila dapat tahu dia sakit , of course laa kita nak dia berusaha lawan penyakit dia tu kan ? Operate , kimo . . Apa apa lagi laa . . Selagi ada alternatif lain , kita nak dia cuba . Tapi , itu kata kita . Yg menanggungnya tu dia . Mungkin dia dah rasa tak kuat , nak berehat . . Allah lebih sayangkan dia , redhalah aku dengan pemergian dia . . Pada 05 November 2015 yg lalu .

Aku taip entry nie bukanlah berniat nak buat sesiapa sedih , walaupon aku sendiri tengah sedih layan perasaan masa aku tengah nak siapakn entry nie . . Aku tiap tiap hari memang takkan pernah lupa pada kakak aku nie . Akan aku kirimkan selalu AlFatihah buatmu kakakku . Semoga penantianmu kat sana sentiasa tidak sia sia . Walaupon aku sibuk macam mana sekalipon , selewat mana sekalipon aku , bila lepas solat , Alhamdulillah . . Setakat nie aku mesti bagi hadiah kat dia . Bukan kat dia je , termasuklah kat arwah abang aku & ayah aku yg terlebih dahulu dah meninggal aku begitu lama dah . . Mungkin aku hidup dengan arwah abg aku tu dalam 12 tahun macam tu , dengan arwah ayah pulak dalam 15 tahun macam tu , bukan tak terasa pemergian dieorang . terasa . . tapi , aku hidup dengan kakak aku nie sepanjang 25 tahun ! Sampai hari nie la aku tetap ingat detik detik aku bersama dengan dia . (T_T)

Kakak aku nie , seorang yg serba boleh . Pandai masak , pandai menjahit , pandai buat hantaran bagai . Kreatif kot . . Kalau tak , masakan sehari sebelum aku nak bertunang dulu , dia la yg siapkan hantaran semua ! Hee . . Memang aku tunggu dia. Sebab aku tahu , memang dia boleh buat .

Hantaran made by arwah kakak aku . .


Sedihhh . . Bila tengok semula gambar gambar kenangan dengan dia . Arwah memang baik orangnya . Cuma . . Aku je yg kadang kadang menyakitkan hati dia . Ermmm . . Semoga kita berjumpa di syurga nanti ye . . Rindu kat dia , tak tahu nak cakap macam mana . Arwah kakak aku  . . Pergi meninggalkan 3 orang anak dia . .  Yg nombor 1 & 2 lelaki , dah besorrr . . Dah boleh bawak diri sendiri . . Yg bongsu , perempuan . Darjah 6 . Masih boleh dikategorikan kecik lagi . .

Ucu & Meera

Bila tengok anak dia yg bongsu nie , automatik aku akan teringat pada kakak aku . Apa taknya . . Gaya semua sama . Macam ibu dia . Nak nak pulak sekarang si Meera nie stay dengan aku , perghhh . . memang tiap tiap hari la terbayang muka ibu dia kan . . Tapi itu semua tak mengapa . Selagi ucu stay di Mersing , Ucu akan jaga adik . In shaa Allah . Semoga Allah permudahkan segala urusan .

AidilFitri tahun bila ntah . Tak ingat pula . .


Potret 5 beradik perempuan bersama Mak mereka , Pn . Jamaiah a.k.a Mak Ijam . Arwah kakak aku . . nombor 2 dari kanan . Yg pakai tudung kaler oren . Muka ada senyummm . Masa dia pergi pon muka dia bersih & senyum je . .


Semoga awak tenang di sana
AlFatihah & doa untuk awak saya tak pernah lupa
Semoga tempat awak terang bercahaya
Semoga tempat awak luas seluas luasnya
Semoga awak jauh dari siksaan di sana
In shaa Allah
Sampai masa
Kita pasti akan berjumpa semula
Di syurga
Tunggu ya . .


Sedikit Motivasi diri . .


Semoga kita semua mati dalam iman & dalam keadaan kita yg sudah bertaubat . Aaminn Ya Rabbal A'laminn . .







 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in