Hawa Nurraida Turns 1 !

Assalamualaikum & hye & hello . .

Boleh dikatakan aku tengah rajin laa nie , nak update blog nie . . Kalau tak , entah entah bulan depan agaknya baru aku nak update kan ? Ceritanya . . Excited kata kau kan ? Anak sendiri dah pon menghadapi hari lahirnya yg pertama pada 2 June 2016 hari tu . So . . Macam mak mak yg lain jugak laa . . Aku pon apa kurangnya ? Tak ketinggalan nak celebrate sikit , buat makan sikit sikit untuk happykan anak aku yg sulong nie , Hawa Nurraida .



Hawa Nurraida bt. Abdul Razak
Nama diberi
Hawa = Isteri Nabi Adam , Nabi yg pertama sekali
Nur = Cahaya berseri seri yg setiap orang ingini
Raida = Pemimpin yg disegani suatu hari nanti , maybe ?

Sebelum tibanya hari lahir Hawa , aku memang awal awal lagi nak buat makan makan nie pada hari yg ada air . Ye laa . . Mersing masih lagi mengamalkan sistem air yg bercatu ok , masih lagi . Fuhh . So . . masa 4 June 2016 , hari Sabtu hari tu ada air & hari orang tak kerja , aku buat masa hari tu la celebration sikit untuk Hawa . Sekali makan makan untuk menyambut puasa jugak . . Bukan niat aku nak menunjuk atau riak atau apa pon yg negatif , sekadar aku nak abadikan kenangan kat blog nie . . Apa yg penting , panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t , kerana dengan izinNya , anak aku Hawa Nurraida membesar dengan sihat & cerdik .

Sengaja aku pilih tema Upin & Ipin sebab , Hawa kalau nampak je dua beradik kembar tu . . Dia punya sengih . . Lain macam ! Lucu sangat kot bagi dia ? Ada jugak kawan kawan aku yg tanya , kenapa tak pilih tema Frozen ke ? Hello Kitty ke ? Ermm , sebab . . Aku pilih yg Hawa suka , yg Hawa tahu . Hehehe . Jom laa . . Layan gambar dulu okeiy ?




Untuk persiapan tempat , aku deco deco sendiri je . malam tu Hawa dah tido , aku pon buat laa apa yg patut . Tak siap malam , sambung lepas subuh pulak . Hawa bangun tido je , aku bawak dia pergi depan , tunjuk kat dia . . Dia punya ketawa . . Bukan main lagi ! Syiok sangat aku rasa bila tengok dia ketawa macam tu taw ! Huhu .



Menu pada hari tu aku pilih menu yg simple simple je . Lagipon aku buat waktu agak dah petang macam tu laa . . The very big thanks tu hakak hakak aku & suami aku sebab tolong siapkan bahagian masak memasak makanan pada hari tu . Bab makanan , aku tak berapa nak amek bahagian sangat . Aku lebih suka jadi investor , selebihnya aku serahkan pada yg pro ! Hehehe . Aku bagi duit , aku tau semua setle ok ? Wkwkwk . Tetamu pon aku jemput kawan kawan rapat & jiran jiran yg dekat dengan rumah aku je . Itu pon ramai jugak yg tak dapat datang sebab tengah musim school break kan . . Ramai yg pergi bercuti & balik kampung . Terima kasih kepada kawan kawan aku & jiran jiran aku yg datang untuk meraikan hari lahir Hawa yg pertama nie .


Salah seorang tetamu yg datang , meet my best friend forever , Cik Rohamiza bt. Abdul Majid . Dia datang dengan someone . Someone special maybe ? Hahaha . Kalau kau baca nie , sila bagi respon sikit taw ! Siap ada props kau . . Ye laa . . Hawa , kalau Hawa nak tahu , masa umi & ayah kawin dulu , tak sempat nak buat props bagai nie nak oii . . Makanya , masa birthday Hawa nie laa umi saja nak buat . Untuk suka suka je . Itupon idea daripada Kak Ekin kau .




Umi & Ayah Hawa nak jugakkk . . Hehehe .

Mentang mentang laa dia Big Boss kan . . =P

tQvm kepada Kak Yusnita yg buatkan kek nie . . Kak Yusnita jugak yg buatkan kek masa aku kawin dulu . Memang sedap .

Tetamu yg datang dapat laa merasa doorgift yg tak seberapa nie . tQvm jugak kepada penaja minuman ringan Drinho , cawan siap ada sticker Upin & Ipin oleh Les CopaQue Sdn. Bhd. & penaja beg bunga bunga tu . . Pn . Julie Ent . Untung laa Hawa . Banyak nooo . . yg tukang sponser ! Hakkhakk .

Buat anak umi & anak ayah , Hawa Nurraida . . Umi & ayah doakan Hawa sentiasa sihat , membesar dengan sempurna , bijak & menjadi anak yg solehah . In shaa Allah , umi & ayah akan bagi yg terbaik untuk Hawa . Masa umi tengah taip entry nie , Hawa dah pon pandai berjalan dengan jayanya . Alhamdulillah . Umi & ayah saaayang Hawa ! Mmmuahhh !

Okeiy , semua tetamu dah balik . Boleh laa Hawa buka hadiah ye ? Hikkhikk . Terima kasih kepada yg datang , yg bagi hadiah . Hawa suka suka suka .

Thats all for today . tQvm for reading this entry . Ok bye !


Wanita Yang Bijaksana , Menjamin Kehidupan Yang Bahagia .



Wanita wajib menyambut suaminya dalam keadaan yg terbaik ketika suami pulang ke rumah . Tidak boleh menambahkan tekanan kepada suaminya , terutamanya apabila suami memang sedang barada dalam keadaan tertekan , letih & stress . Namun sebaliknya , hendaklah seorang isteri menyambut suaminya dengan senang hati & memenuhi apa jua permintaannya tanpa bertanya mengapa dia berada dalam keadaan yg sedemikian .

Apabila suami telah tenang & kelihatan sedang santai berada di rumah , biasanya dia sendiri akan menjelaskan apa yg terjadi & apa yg sedang difikirkannya . Kalau suami masih berdiam diri , mungkin juga ini adalah waktu yg tepat untuk si isteri bertanya & caranya harusss la dengan gaya bahasa yg menunjukkan kekuatiran + kebimbangan terhadap keadaan yg sedang dialami oleh suami .

Apabila isteri mempunyai kemampuan untuk membantu menyelesaikan permasalahan yg mengeruhkan fikiran & memyempitkan dada suaminya , sebaiknya isteri bersegera la membantunya , kerana . . Sikap seperti ini akan banyak meringankan beban suami . Kerana itu , suami akan merasakan bahawa di dalam rumahnya terdapat permata yg berharga , bahkan jauh lebih berharga daripada permata mana pon yg ada di dalam dunia .

Bukanlah sekadar bijaksana dalam jurusan akademik sahaja , tetapi kebijaksanaan melaksanakan tanggungjawab terhadap suami juga . (=


" Mudah mudahan Allah mendatangkan kemudahan , kerana sesungguhnya setiap harinya Dia mempunyai urusan berkenaan dengan makhlukNya "

WordLess Wednesday : Jauh Dimata , Dekat Dihati .

Walaupon suami aku tak tengok anak dia setiap hari , tapi jangan anggap dia amek remeh je soal anak nie ok ? Buktinyaaa , kat bawah nie . . Hehe .

Bintat sikit je pon . . Huhu .

Cara Buat Omelette Yang Betul .

Assalamualaikum readers !

Disebabkan beberapa hari yg lepas , husband aku cuti banyak hari , so . . Banyak la juga permintaanya ! Maklum la . . Bukan tiap tiap hari dapat makan masakan isteri dia nie kan ? Kalau kat kem , dia masak sendiri . Tak lama lagi je . Lepas nie dah boleh dah makan masakan yg isteri dia nie setiap hari . Harap tak jemu nanti ok ?

Di suatu petang yg hening , di dalam sebuah kereta , aku yg baru sahaja habis kerja petang tu , duduk bukan main relax lagi . Sebab husband yg drive . Sumpah gila best bila kita pergi kerja ada orang hantar , nak balik ada orang amek , kan ? Tapi tidak mengapa la . Disebabkan aku seorang isteri yg independent , kadang kadang je aku dapat merasakn situasi yg sedemikian . Terusss husband aku pon tanya , kita nak makan apa malam nie ? Dengan selamber aku menjawab , makan yg tengahari tadi punya la . Huhu . Husband cakap lagi , kalau nak makan lain boleh ? Nak makan apa pulak ? Nasi goreng sotong katanya ! Alaa . . Baru balik kerja nie nak rehat . Cehh . Macam penat sangat kan ? Hati aku berdetak . Terusss aku jawab dengan nada yg agak sedikit lemah , hmm . . ok la . .

Pergi la aku dengan husband ke pasaraya yg baru beroperasi , Fresh Hub namanya . Mencari bahan bahan nak masak nasi goreng sotong tu . Simple je . Janji husband selera nak makan kan ? Husband jaga anak , aku pon tingtang tingtang kat dapur ibarat seorang peserta rancangan chopped , memotong bahan bahan , ibarat seorang peserta master chef yg tidak diiktiraf oleh mana mana restoran pon tahu ? Tidak lupa juga , ibarat seorang supermak ok ?


Tadaaa ! Nasi Goreng Sotong

Walaupon husband aku makan nasi goreng sotong , itu tidak bermakna suamiku encik sotong ! Hahaha . No no no . Tidak sama sekali . Ingatkan dah siap dah aku punya tingtang tingtang kat dapur , muncul pulak husband nie kat dapur , buat telur dadar sekali taw ! Tu diaaa . . Adehh . Daq Wawe pulak dah bosan best friend dengan ayah dia , nak umi pulak . Husband cakap , tak pe la . Pi la jaga Hawa , biar orang buat sendiri . Betul ke nie ? Betul la . . Haa . . Kalau gitu , goreng nugget sekali la . Hehe. Aku pulak yg buat permintaan . Husband aku ye kan je la . Sekali aku dengar suara dari arah dapur , tepung ada tak ? Ehh Nak buat apa tepung ? Tadi cakap nak buat telur dadar , nak buat jemput jemput pulak ke ? Aku bermonolog sendirian . Pergi dapur , bagi tepung kat husband . Tengok tengok dia campur tepung tu kat telur yg dia nak goreng tu ? Dem ! Apa yg kau nak buat sebenarnya haa ?Aku berasa sedikit jakun ye ketika beliau berbuat demikian . Apa ? Tak pernah ke tengok orang buat telur dadar letak tepung ? Ciyezz la . . Memang aku tak tahu . Teruk benorrr isteri hang nie razak oii . Selalu (tak berapa nak selalu sangat) ceq buat telur dadar paling amazing pon letak garam , bawang & lada . Tu je . Husband aku cakap . . Nak buat telur dadar yg betul , nak bagi telur tu berkembang dengan elok , letak la tepung . . Ouhh . . Kesahnya ! Tengok husband aku buat telur dadar , perghh . . Bila tang nak balikkan telur tu , dia punya pusing kuali , sampai membuatkan mata aku pejam celik pejam celik lebih kurang selama 1 minit 7 saat . Nasib baik pejam , celik . Kalau pejam tak celik celik , masalah pulak .  Tak sempat aku nak amek gambar moment tu taw . Kalau tak , boleh letak kat entry nie kan ? Huhu .


Onommnommnomm . . Suci je omelette nie kan ?

Aku buat pon tak sesuci nie tahu ? Kadang kadang nak buat telur dadar , bila nasib tak menyebelahi diri nie , terjadi pula telur hancur . Hikkhikk . tQvm husband . Rasa best je dinner masa tu . Nasi goreng sotong + omellete + nugget + air anggur . Dapat pula info cara buat omelette yg betul , kalau tak , memang tak tahu . Ishh .

tQvm for reading this entry !

WhatsApp Group Lelaki & Perempuan .

Assalamualaikum w.b.t & hye !

Sebelum aku nak cerita panjang panjang nie , sesiapa yg belum ada aplikasi WhatssApp dekat Smartphone dia , sila download sekarang ! Sebenarnya kalau tak  nak download pon tak pe ye . Saja je aku nak bagi sedikit tekanan kepada para pembaca sekalian .



Elehh . . Kenapa la aku nak suruh orang download download WhatsApp bagai ? Sedangkan aku nie , kalau tak kerana boss aku , aku pon memang akan masuk dalam kategori ketinggalan zaman . Sebab tak tahu pon pasal WhatssApp nie taw ! Boss aku cakap , dulu , masa 3 atau 4 tahun lepas kot . . "junnnnn . . Install la WhatsApp , Viber , senang nanti saya nak mesej apa apa . ." Aku jawab , " Hahh ? Apa WhatsApp ? Viber ? " Lepas tu boss aku tunjuk kat Smartphone dia , baru aku tahu . . Terusss aku install . .

Ok , dah terlampau banyak sangat pendahuluan . Fokus pada tajuk ye . Kalau ada WhatsApp , ada la groupnya . Tak gitu ? Aku pon tak terkecuali . Suami aku pon termasuk la sekali . Yang paling bagus group family family tu kan . . Yang group kawan kawan sekolah dulu ke . . Kira ok la tu . . Yang kurang menyenangkan aku sejak dua menjak nie kan . . group yg asing asing gender . Perempuan untuk perempuan . Lelaki untuk lelaki .

Sudah lama aku memendam isu nie , baru sekarang aku mendapat ilham untuk cerita & share pasal banda nie . Sekadar pendapat diri sendiri . . Semoga aku tak dikecam di kemudian hari . . Hehehe . Pada pendapat aku , group orang perempuan nie kebanyakannya cute .Kalau bersembang dalam tu pon benda benda yg tak keterlaluan . Tak dinafikan , ada gossip & mengumpat juga . Tapi tapi tapi . . Tak de nak merepek sampaike tahap yg . . . . . Korang pon dah tahu ayat yg seterusnya kan ?

WhatsApp Group Gegirl

Aku & husband aku kalau bab bab hP nie memang tiada rahsia la antara kita . Kadang aku baca juga group group dalam tu . . Ada yg ok , ada juga yg menjengkelkan . Husband aku cakap , tak payah baca , mengarut semua tu . . Dah tahu mengarut , kenapa join jugak ? Dah orang add katanya . . Janji dia tak masuk campur . Aku perhatikan je . . Ada 2 jenis attitude . 1 yg ok . Yg lagi 1 aku tak berapa berkenan . Aku tanya , orang lelaki nie kalau buat group WhatsApp nie memang bersembang pasal benda nie ke ? Husband aku jawab , yg elok kita ikut . . Yg tak elok kita tinggalkan . . Ye , aku tahu . Tak semua lelaki teruk . Ada juga WhatsApp group lelaki yg baik baik .

WhatsApp Group Lelaki I
WhatsApp Group Lelaki II

Korang tengok , korang pon boleh bezakan yg mana yg elok , yg mana yg tak elok kan ? Tak pasal pasal jadi persoalan pula pada diri aku nie , memang kena bersembang benda benda yg macam tu ke atau macam mana ek ? Ingatkan aku je yg persoalkan benda nie , ada juga orang lain yg memikirkannya . . Huhu .



Bukan nak salahkan sesiapa atau nak menyebelahi mana mana pihak lelaki ataupon perempuan . Tapi . . Cuba la terima la hakikat kehidupan yg sebenarnya ok ? Elakkan la kongsi dosa dengan orang lain . Kau nak buat dosa , kau je la dosa sorang sorang . Jangan disebabkan nila setitik , rosak susu sebelanga . Gituuu . . WhatsApp group lelaki yg elok tu memang aku respect . Banyak juga motivasi yg mengingatkan hal hal akhirat . Yg lagi 1 tu . . Harap harap tak berleluasa la hendaknya ye . .

Minta maaf andai ada yg terasa
Blog nie Junn yg punya
Sekadar bekongsi cerita & pendapat sahaja
Yg elok kita terima
Yang tak elok , nie jawapan dia . . . . .



tQ for reading this entry . Bye !

5 Ciri Lelaki Yg Dapat Menarik Perhatian .

Hye ! Hari nie nak share contoh lelaki yg dapat menarik menarik perhatian diri nie okeiy . Darling jangan jeles . Saya tengah semangat menyahut cabaran 30 Days Blog Challenge nie taw ! (Sentap kejap . Cabaran blog 30 hari boleh buat , aku punya puasa 30 hari tak berganti ganti lagi woii . Ganti puasa sebab tak puasa masa berpantang tahun lepas . Astargfirullahlazimmm ~ ~ ~ (3 harkat) )

1. Lelaki Beruniform .

   Uniform bukan sebarang uniform , harusslah uniform macam nie haa !



2. Lelaki Yg Berpakaian Kemas & Muka Sedikit Seriusss . Hee .

   Muka seriusss melambangkan jati diri yg sebenar . Iye ke ? Ehh kau dah kenapa pulak ? Ok .
   Whatever .




3. Lelaki Yg Suka Berfikir Pasal Masa Depan Sambil Makan Keropok Lekor Ke Tengah
   Makan Apa Tu ?

   Apa ke teruk sangat aku punya taste lelaki yg dapat menarik perhatian nie ? Mana ada teruk .
   Ini semua jujur & ikhlas jauh dari dalam lubuk hati nie taw ! (^_^)





4. Lelaki Yg Suka Makan Dekat KFC . Hahaha .

  Ye la . . Sebab aku pon suka makan dekat KFC kan ? Menurun pulak kat Daq Wawe tuu . .





5. Lelaki Yg Lagi Fokus Memandu . Ajak Selfie Pon Tak Layan .

   Fokus semasa memandu tu penting . Ye la . . Tengah bawak orang yg tersayang kan . .

  


Sekian sahaja untuk makluman semua , pasal lelaki yg menarik perhatian aku . Dapat menarik perhatian aku je okeiy , jangan sampai dapat menarik perhatian korang pullakkk ! Hikkhikk . Sebabbb . . Lelaki itu suami aku . Huhu .

Buku Kegemaran .

Assalamualaikum & Salam Jumaat . .

Hari nie aku nak share sikit pasal buku kegemaran aku . Boleh tak ? Kot kot nanti korang nak try baca jugak buku yg aku baca nie kan ? Mana la tahu . .




Tu diaa ! "Jangan Bersedih . Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia". Buku nie special , sebab . . Husband aku yg hadiahkan . Hee . . Nampak sangat dia tak nak aku bersedih kan ? Sebenarnya betul . Sebab dalam buku nie , banyak cerita & huraian yg dapat bagi motivasi pada diri aku . Huraian yg ditulis jugak ada diselit dengan ayat ayat Al-Quran beserta dengan maksud sekali . Senang kita nak hadam bila kita baca . Aku baca bila aku rasa sedih je . Lepas dah baca , hilang la sikit sedihnya tu . Hee . . Ajaibnya buku ini . Huhu .

Kalau majalah , untuk masa yg sekarang nie , aku dah bertahun jugak lah tak de minat nak beli apa apa majalah . Aku baca majalh RAPI je . . yg kakak aku beli . Tapi , masa zaman muda remaja , zaman old school , zaman baru nak up dulu , aku memang gila beli majalah UTOPIA ! Tak de la aku nak beli majalah REMAJA bagai . ishh . Macam perempuan sangat . Dulu aku bajet bajet ganaz gengster gitu . Wkwkwkwk . Adesss . . Dimanakah majalah majalah aku itu ? Semua dah hilang ntah ke mana . Banyak sangat !


Mintak tuan empunya gambar blog nie halalkan aku amek gambar majalah nie ye .

Ada jugak buku buku lain yg aku suka baca , tapi so far yg paling suka , paling terkesan bila baca , buku yg kat atas tu la . . tQvm husband , sebab belikan buku tu . Nanti lepas nie belikan buku yg lain pulak taw ! Hehe . .

Sesuatu Yg Dapat Menguatkan Diri Ini .

Nak kuat ? Senang je . Minum milo . Anda jadi sihat & KUAT . Hehehe . Gurau je .

Sesuatu yg menguatkan anda . Kalau anda ? Apakah yg buat anda kuat ? Macam saya . . (ishh , pakai saya lah pulak) saya selalu ingat yg kehidupan di dunia ini hanyalah sementara . Akhirat juga yg kekal selamanya . Ingatlah kepada Yang Maha Besar , Maha Pencipta kita , Allah S.W.T , In shaa Allah , bila fikir macam tu , saya akan sentiasa kuat menghadapi hari hari yg mendatang .




Selain daripada tu , anak saya juga merupakan sesuatu kekuatan untuk saya . Hawa Nurraida nama diberi . Daq Wawe nama panggilan suka suki . Sudah 9 bulan 1 hari . Bijak bestari . Kadang kadang meragam mengalahkan budak lelaki . Hehehe . 




Tak lupa juga . Suami yg sentiasa berada disisi saat susah senang , sihat sakit . Alhamdulillah . Dipertemukan & berjodoh dengan si dia . Bila saya lemah , sedih , lepas mengadu pada Yang Esa , dekat suami nie lah pula saya mencurahkan segalanya . Huu . .




Banyak sebenarnya yg boleh menjadikan kita kuat , terutamanya manusia disekeliling kita , manusia manusia yg kita sayang . Apa yg saya cerita , itu dari dalam diri saya . Anda pulak macam mana ?

Anniversary . The 2nd Year of My Marriage .

Assalamualaikum w.b.t & hye . .

Alhamdulillah , hari nie , 01 Februari 2016 , Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yg kedua tahun untuk aku & suami aku . Pantas je masa berlalu . . Sometimes aku suka jugak terfikir , dulu aku budak-budak je pon . . tapi sekarang , dah jadi mak budak . . tQvm Allah s.w.t untuk segala nikmat hidup yg Dia berikan pada hambaNya yg kerdil nie haa . . tak kira la nikmat yg sebesar zarah sekali pon . . Harussslah kita bersyukur kepadaNya .

For the 2nd year of marriage nie , alhamdulillah . . Aku pon dah ada zuriat . . Hawa Nurraida , dah 8 month old . Ouhh ye , petang nie nak kena pergi checkUp Hawa kat klinik kesihatan , jangan lupa ea . . Ye , umi tak lupa . . Lagi 1 hal , tak celebrate lah dengan suami aku hari nie , sebab dia tengah kerja . . Kerja menyelamatkan negara nie memang macam tu la kan . . Redha . Janji weekend nie dia cuti , cuti CNY sekali kot . . nak jalan sakan nie . . Harapannya macam tu la . .

Tak payah nak taip panjang-panjang sangat la kan . . jommm . . aku nak belanja gambar-gambar masa aku kawen dulu . . hee .

tu diaaa . . officially hubby & wifey ! Sobss . . sobss . .


wajah-wajah pengantin baru . hikkhikk .


Sesiapa yg belum tahu , nie aku nak bagitahu . . Kalau tak nak tahu , tidak mengapa la . . Tapi untuk manambahkan pengetahuan korang , apa salahnya kan ? Baca je la . . Itu pon nak berkira dengan aku ea ? Haa . . Majlis akad nikah aku adalah pada 01 Februari 2014 , Majlis Resepsi (resepsi la sangat . ingat artis ke ? jamuan makan sudah la kan . .) pada 02 Februari 2014 . Semuanya berlangsung di rumah aku . 

Cantik tak ? Cantik tak ? Wedding dress &  MakeUp by #NAJASALOON



Apabila panglima kita berposing . Jatuh gedebak gedebuk hati aku nie haa melihatnya !



Hye darling . Saya masukkan gambar awak kat blog saya nie taw . Ayah Hawa tetap ensem walaupon muka tengah serius . Menahan cuaca yg tengah panas barangkali ye .

Lepas dah settle jamuan makan semua , aku pon cakap la dekat tetamu , ok . . semua boleh pulang kerumah masing-masing ye . . sebab saya ada sesi bergambar outdoor pulak . Tolong berikan kerjasama yg sewajarnya ye . . Perghhh , fikir la wehhh . . takkan la aku nak cakap macam tu ? Tak baik tahu ? Maksudnya , bila dah petang gitu . . aku pergi la bergambo (loghat johor harussslah dikeluarkan sekali sekala . untuk mengelakkan lupa diri , lupa daratan & sebagainya .) kat tepi pantai , tepi sawah bendang gitu .


Tunjuk 1 je dah la . . Gambar outdoor .

Tak de apa lagi yg boleh aku ungkapkan . . Melainkan Alhamdulillah . . Semuanya berjalan dengan lancar . tQvm pada Mak , adik beradik , Mak & Ayah metua , adik beradik ipar , sadara mara , jiran tetangga . (walupon rumah aku & rumah jiran tak de tangga .) Rakan , sahabat sekalian . .



tQvm sahabatku sekalian . . Love all of you ! xoxo .

tQvm kepada fotografer masa majlis kawen aku dulu , anak sedara aku sendiri , A.l.o.n.g along ! dan . . Kak Sumi . . Gambar cantik , lightening cantik , senang cakap . . Aku suka hasilnya ! Apa lagi yg aku tak bagitahu nie ek ? haaa . . 


My Wedding kek . . Ramai yg cakap sedap . Maksudnya , ramai la yg makan kek kawen aku nie kan ? F.y.i , aku dapat makan sikit je taw ! Sebab . . ye la . . tengah kawen kan . . mana la nak laporrr . . kenyang je rasa . . hee . Wedding Cake by #KAKYUS .


Last sekali , ok betul . . nie last . . tunjuk la sikit kan . . orang yg paling banyak sumbang tenaga , sumbang duit , sumbang menyumbang , suara dia tak tau la sumbang ke tak . . sebab dia tak karok pon masa majlis kawen aku hari tu . . Kesian dia doe . .


Kalau tak kerana adik-beradik , takkan muka sama ? hehehhh . .


Kesimpulannya , terima kasih kepada semua yg terlibat . . Yg baik semuanya datang dari Allah s.w.t , yg tak baik , semuanya kekurangan diri aku sendiri . . kbye !

tQvm kepada sesiapa yg baca entry aku nie . 




















 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in