Hawa Nurraida Turns 1 !

Assalamualaikum & hye & hello . .

Boleh dikatakan aku tengah rajin laa nie , nak update blog nie . . Kalau tak , entah entah bulan depan agaknya baru aku nak update kan ? Ceritanya . . Excited kata kau kan ? Anak sendiri dah pon menghadapi hari lahirnya yg pertama pada 2 June 2016 hari tu . So . . Macam mak mak yg lain jugak laa . . Aku pon apa kurangnya ? Tak ketinggalan nak celebrate sikit , buat makan sikit sikit untuk happykan anak aku yg sulong nie , Hawa Nurraida .



Hawa Nurraida bt. Abdul Razak
Nama diberi
Hawa = Isteri Nabi Adam , Nabi yg pertama sekali
Nur = Cahaya berseri seri yg setiap orang ingini
Raida = Pemimpin yg disegani suatu hari nanti , maybe ?

Sebelum tibanya hari lahir Hawa , aku memang awal awal lagi nak buat makan makan nie pada hari yg ada air . Ye laa . . Mersing masih lagi mengamalkan sistem air yg bercatu ok , masih lagi . Fuhh . So . . masa 4 June 2016 , hari Sabtu hari tu ada air & hari orang tak kerja , aku buat masa hari tu la celebration sikit untuk Hawa . Sekali makan makan untuk menyambut puasa jugak . . Bukan niat aku nak menunjuk atau riak atau apa pon yg negatif , sekadar aku nak abadikan kenangan kat blog nie . . Apa yg penting , panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t , kerana dengan izinNya , anak aku Hawa Nurraida membesar dengan sihat & cerdik .

Sengaja aku pilih tema Upin & Ipin sebab , Hawa kalau nampak je dua beradik kembar tu . . Dia punya sengih . . Lain macam ! Lucu sangat kot bagi dia ? Ada jugak kawan kawan aku yg tanya , kenapa tak pilih tema Frozen ke ? Hello Kitty ke ? Ermm , sebab . . Aku pilih yg Hawa suka , yg Hawa tahu . Hehehe . Jom laa . . Layan gambar dulu okeiy ?




Untuk persiapan tempat , aku deco deco sendiri je . malam tu Hawa dah tido , aku pon buat laa apa yg patut . Tak siap malam , sambung lepas subuh pulak . Hawa bangun tido je , aku bawak dia pergi depan , tunjuk kat dia . . Dia punya ketawa . . Bukan main lagi ! Syiok sangat aku rasa bila tengok dia ketawa macam tu taw ! Huhu .



Menu pada hari tu aku pilih menu yg simple simple je . Lagipon aku buat waktu agak dah petang macam tu laa . . The very big thanks tu hakak hakak aku & suami aku sebab tolong siapkan bahagian masak memasak makanan pada hari tu . Bab makanan , aku tak berapa nak amek bahagian sangat . Aku lebih suka jadi investor , selebihnya aku serahkan pada yg pro ! Hehehe . Aku bagi duit , aku tau semua setle ok ? Wkwkwk . Tetamu pon aku jemput kawan kawan rapat & jiran jiran yg dekat dengan rumah aku je . Itu pon ramai jugak yg tak dapat datang sebab tengah musim school break kan . . Ramai yg pergi bercuti & balik kampung . Terima kasih kepada kawan kawan aku & jiran jiran aku yg datang untuk meraikan hari lahir Hawa yg pertama nie .


Salah seorang tetamu yg datang , meet my best friend forever , Cik Rohamiza bt. Abdul Majid . Dia datang dengan someone . Someone special maybe ? Hahaha . Kalau kau baca nie , sila bagi respon sikit taw ! Siap ada props kau . . Ye laa . . Hawa , kalau Hawa nak tahu , masa umi & ayah kawin dulu , tak sempat nak buat props bagai nie nak oii . . Makanya , masa birthday Hawa nie laa umi saja nak buat . Untuk suka suka je . Itupon idea daripada Kak Ekin kau .




Umi & Ayah Hawa nak jugakkk . . Hehehe .

Mentang mentang laa dia Big Boss kan . . =P

tQvm kepada Kak Yusnita yg buatkan kek nie . . Kak Yusnita jugak yg buatkan kek masa aku kawin dulu . Memang sedap .

Tetamu yg datang dapat laa merasa doorgift yg tak seberapa nie . tQvm jugak kepada penaja minuman ringan Drinho , cawan siap ada sticker Upin & Ipin oleh Les CopaQue Sdn. Bhd. & penaja beg bunga bunga tu . . Pn . Julie Ent . Untung laa Hawa . Banyak nooo . . yg tukang sponser ! Hakkhakk .

Buat anak umi & anak ayah , Hawa Nurraida . . Umi & ayah doakan Hawa sentiasa sihat , membesar dengan sempurna , bijak & menjadi anak yg solehah . In shaa Allah , umi & ayah akan bagi yg terbaik untuk Hawa . Masa umi tengah taip entry nie , Hawa dah pon pandai berjalan dengan jayanya . Alhamdulillah . Umi & ayah saaayang Hawa ! Mmmuahhh !

Okeiy , semua tetamu dah balik . Boleh laa Hawa buka hadiah ye ? Hikkhikk . Terima kasih kepada yg datang , yg bagi hadiah . Hawa suka suka suka .

Thats all for today . tQvm for reading this entry . Ok bye !


Selagi Ada Masa , Berikan Masa .

Assalamualaikum w.b.t . .

Uuiii . . . Lama sehh . Tak update blog ! Akibat jadi fulltime housewife kata kau kan ? Sampai nak taip kat keyboard nie pon jari aku macam dah tak berapa nak lancar & hampir hampir je aku dah tak berapa ingat antara save as dengan save image as tahu ? Penangan dia sampai macam tu sekali . Apa apa ponnn . . Alhamdulillah ! Masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan bulan mulia , Ramadhan .




Nak jugak . . #Throwback , ramadhan last year aku memang fully ketinggalan nak berpuasa , sebab . . Baru lepas bersalin masa tu . Still dalam pantang . Thats mean what ? Of course la aku kena ganti puasa tu kan . . And one more thing , say Alhamdulillah , tQ Allah ! Hawa Nurraida dah pon setahun umurnya masa 4hb yg baru nie . . (nanti aku update pasal Hawa Turns 1 ok ? huhu) .

Laaa . . nie aku just nak share , kepada sesiapa mak mak , hakak hakak , yg tak dan nak tunaikan terawih pada musim ramadhan nie atas alasan apa ? Macam aku , agak susah sikit , sebab Hawa kecik lagi & kejap kejap nak nen , kejap kejap nak nen , macam mana nak pergi surau kalau macam tu kan ? Nampak gayanya , in shaa Allah . . Aku teringin sangat nak terawih macam dulu dulu sebelum ada anak , rindu sangat rasanya taw ! Makanya , mehh la kita solat terawih kat rumah je . Ahaa . . Aku harusss laa bagi Hawa tidur dulu ye . . baru boleh tunaikan solat terawih dengan khusyuk & jayanya . In shaa Allah . Semoga Allah permudahkan laa . . Itu laa aku cakap , selagi ada masa , berikan masa ! Tahun tahun yg akan datang , belum tahu lagi kan ?

Adesss . . Macam mana nie ? Nak solat terawih sorang sorang kat rumah nie ? Jommm . . Aku sharekan . . Aku amek kat FB Mrs. Mama . Mohon dihalalkan laa ye . .














Lahhh . . So easy right ? Sama je macam solat terawih berjemaah dekat surau tu . . Kalau macam tu , mudah mudahan sebusy mana pon kehidupan seharian kita dalam sebulan nie , dapat laa jugak kita tunaikan amalan sunat nie . . In shaa Allah . .

Lastly , salam ramadhan to all readers & bloggers . Semoga Allah menerima segala amal ibadat kita pada bulan yg mula nie . Aaminnn . . In shaa Allah .

tQvm for reading this entry . (=

What Happen To Me ?

Assalamualaikum . .

Ada ke yg rindu kat aku ? Aku rasa nie laa paling lama aku tak update apa apa entry selepas entry yg sebelum nie . . Aku pon rindu kat blog aku nie . . Hanya sempat singgah sekejap je , skodeng chatbox . . Alhamdulillah , masih ada lagi readers yg setia & yg sudi singgah . .

Apa yg dah jadi pada aku ? Biasa laa . . Hidup bagaikan roda , kadang kadang di atas , kadang kadang di bawah . Hidup juga tak selamanya bergembira , ada juga sendu tangisannya . Begitu juga laa dengan kehidupan aku . . Masalah yg aku hadapi , menentukan hidup mati aku . . Hanya Allah yg Maha Mengetahui , kenapa aku diuji sampai tahap macam nie sekali . Ye . . Aku tahu aku mampu , kalau tak . . Kau takkan uji aku kan ? (T_T)


Okeiy . . Aku tak cakap laa yg aku nie hebat , takkk . . Cuma , kita kena pegang satu je . . Allah takkan menguji hambaNya melebihi kekuatan hambaNya itu sendiri . Setiap hari , aku fikir yg baik baik je . . Tapi ye laa , manusia biasa . . Tangan buat kerja , tapi hati & otak aku fikir benda lain . Tak perlu laa aku nak cerita kat sini . . Semua itu personal life aku . . Sebenarnya aku tekad , bila masalah aku dah selesai , baru aku nak update blog . . Nie aku dah update , tapi masalah aku masih lagi kelam kelam nak tuju jalan penyelesaiannya tu . . Walaupon dah nampak petunjuk , tapi masih di tahap yg perlu berjaga jaga lagi . Sepanjang aku tak update blog nie . . Kehidupan aku suram , aku pon macam dah tak bersemangat disebabkan ujian yg aku hadapi nie . Betul betul hebat . Setiap hari aku bangun tidur , aku hanya memikirkan aku hidup nie semata mata untuk anak aku je . . Itu la harta paling berharga sekali . At the same time , anak aku tu laa jadikan aku kuat untuk terussskan kehidupan . Dengan keadaan air yg bercatu sekarang nie , memang gila stress aku dibuatnya . Kerja tadah air & angkut air je laa . . Dengan nak buat kerja rumah , jaga anak lagi , dahhh tu . . Fulltime housewife kan ? Itu pon ada juga sesetengan pihak yg tak reti nak menghargainya pon . . Apa . . Ingat aku tak kerja kat office , duduk rumah goyang kaki je ke ? Adoii laa . . Saborrr je laa . .

Tak pe laa . . Allah sentiasa bersama sama dengan orang yg sabar kan ? Apa yg aku hadapi nie , aku je laa yg tahu . Sepanjang berapa minggu nie memang aku tak ingin berjumpa langsung dengan sesiapa . Sampai tahap macam tu sekali . Bff aku nikah , aku tak attend ! Sampainyaaa hati aku . . Tapi aku dah minta maaf kat dia . Sampaikan Bff aku yg lagi sorang pon macam dah kecik hati dengan aku . . Sebab aku tak contact dia , dia call aku tak jawab , whatsApp tak reply , bukan dia je laa . . Memang aku tak jawab call sesiapa & tak reply whatsApp sesiapa pon . . Aku perlukan masa untuk bersendiri je . . Aku rasa , dalam hidup nie semua aku dah rasa kot . . Susah senang naik turun atas bawah semua laa . . Aku je yg tau rasanya macam mana . .


Walau apa pon yg terjadi , life must go on . . Trouble is a friend yeahh trouble is a friend of mine . Hanya mampu berusaha yg sebaik mungkin & hanya mampu mohon pertolongan dari Allah . Nak tak nak , kena jaga diri . . Kena jaga suami . . Kena jaga anak . . Untuk kuat supaya boleh jaga semua tu mungkinkah aku harusss makan Perlaking , iaitu sejenis kolagen ikan salmon yg kakak ipar aku jual tu ? Hahaha . Tak de kena mengena pon kan . . So , sesiapa yg terbaca entry aku nie . . Boleh la kiranya menyampaikan satu dua kata berupa semangat & nasihat untuk aku nie ye ? Huhu .

tQvm for reading this entry . Bye !

WordLess Wednesday : Saborrr je laa .



Saborrr je laa . Sehari ada air , 2 HARI TAK DE AIR ! Banyak daerah dah hujan nie , Mersing je belum datang lagi hujan . . Hujan sekejap sekejap je .



Sumber : Blog ShafiQoLbu


Semoga catuan air nie tak berterusan hendaknya .

Bahagian Untuk Jiran Yang Baik .

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Jumaat  . .


Siapa jiran kita ?

Sabda Rasullullah S.A.W : " 40 buah rumah . Di sekeliling kita , kanan , kiri , depan , belakang, tak kira rumah orang Islam atau orang kafir . "

Tapi hari nie tak mungkin la aku nak bercerita sampai 40 buah rumah jiran aku , takkk . . Cukup la aku sekadar nak berkongsi & meluahkan  rasa rindu pada jiran sebelah rumah aku yg hari nie dah 13 hari pergi menghadap Ilahi . Lezam bt. Yunos @ Kak Uda . Seorang jiran yg amat baik . Aku anggap Kak Uda nie dah macam kakak aku sendiri . Aku rasa sesiapa pon memang senang dengan Kak Uda . Baru balik menunaikan umrah , terusss . . Allah menjemputnya ! Terlalu pantas masa berlalu . Arwah juga merupakan mama kepada blogger Eyja Lukman . Cik Ida doakan semoga Eyja & adik adik sentiasa tabah . Allah lebih sayangkan mama , mesti mama tenang kat sana kan ?

Hari Jumaat penghulu segala hari , AlFatihah untuk jiranku Lezam bt. Yunos . .



Tiap tiap hari aku sapu sampah kat depan rumah , mesti terbayang bayangkan arwah tengah sidai kain & tengah siram pokok bunga . Sebak rasa hati nie , Allah je yg tahu . Bahagian untuk jiran yg baik kan . . Mesti la ramai orang yg sayang . Kak Uda dah la pandai masak . Aku ingat lagi , masa aku pregnantkan Daq Wawe , aku ada suruh Kak Uda buatkan mee goreng & karipap . Sebabbb . . Dia buat memang sedap . Aku tak nak orang lain yg buat , nak dia juga yg buatkan . Mesti la Kak Uda buat . . Sekarang nie dah tak dapat dah nak merasa air tangan Kak Uda . (T_T) . . Last sekali Kak Uda masakkan bubur kacang untuk kenduri kat rumah aku masa sebelum dia nak pergi umrah hari tu . . Sebab tu aku cakap , arwah nie memang baekkkkk sangat orangnya ! Tolong menolong tu memang dia la yg win sekali . Kalau bab kenduri kendara kat rumah aku nie , jarang la dia tak join . .


Lepas arwah Kak Uda balik dari umrah , ada 2 kali je aku sempat bersembang dengan dia , sebab dia dah jarang keluar rumah sebab dah tak berapa sihat . . Aku sebagai jiran nie pon dah sedih tahap apa , inikan pulak anak anak dia kan ? Tak pe . . In shaa Allah . . Syurga buatmu Kak Uda . Masa tengah taip entry nie , memang sebak sangat . . Teringat kat Kak Uda . Sebelum nie , doa aku lepas solat untuk mereka yg dah pergi khas untuk Abah , Abang Ngah & Kak Nab , sekarang nie . . Tambah lagi seorang . . Untuk jiranku , Lezam bt . Yunos . Ini untuk bahagian Kak Uda , sebab dah jadi jiran yg terbaik di dunia nie . Semoga Kak Uda tenang kak sana  . .

Di kesempatan nie , aku nak share la juga . . Adab adab kita dalam berjiran & serba sedikit info pasal kejiranan . .







Semoga bermanfaat & tQvm for reading this entry !

Mini Segmen by Syaidah Seha .

Assalamualaikum w.b.t . .

Rasanya dah lama juga aku tak join mana mana segmen . So . . Hari nie suka sangat nie , nak join the very 1st segmen , by Syaidah Seha . Senang je pon . . Jom ramai ramai kita join segmen nie . .


Boleh Klik Sini Untuk Join

Syarat penyertaan :

1. Buat entry bertajuk "Mini Segmen by Syaidah Seha" dan backlink ke entry ini .
2. Follow blog Syaidah Seha .
3. Tinggalkan link entry di ruangan komen .



Hadiah :
Topup RM10 (2 pemenang)
Bloglist (5 blog)
Blog Review (5 blog)


Segmen bermula pada hari ini 6 April 2016 hingga 6 Mei 2016.


Selamat berjaya :)

Wanita Yang Bijaksana , Menjamin Kehidupan Yang Bahagia .



Wanita wajib menyambut suaminya dalam keadaan yg terbaik ketika suami pulang ke rumah . Tidak boleh menambahkan tekanan kepada suaminya , terutamanya apabila suami memang sedang barada dalam keadaan tertekan , letih & stress . Namun sebaliknya , hendaklah seorang isteri menyambut suaminya dengan senang hati & memenuhi apa jua permintaannya tanpa bertanya mengapa dia berada dalam keadaan yg sedemikian .

Apabila suami telah tenang & kelihatan sedang santai berada di rumah , biasanya dia sendiri akan menjelaskan apa yg terjadi & apa yg sedang difikirkannya . Kalau suami masih berdiam diri , mungkin juga ini adalah waktu yg tepat untuk si isteri bertanya & caranya harusss la dengan gaya bahasa yg menunjukkan kekuatiran + kebimbangan terhadap keadaan yg sedang dialami oleh suami .

Apabila isteri mempunyai kemampuan untuk membantu menyelesaikan permasalahan yg mengeruhkan fikiran & memyempitkan dada suaminya , sebaiknya isteri bersegera la membantunya , kerana . . Sikap seperti ini akan banyak meringankan beban suami . Kerana itu , suami akan merasakan bahawa di dalam rumahnya terdapat permata yg berharga , bahkan jauh lebih berharga daripada permata mana pon yg ada di dalam dunia .

Bukanlah sekadar bijaksana dalam jurusan akademik sahaja , tetapi kebijaksanaan melaksanakan tanggungjawab terhadap suami juga . (=


" Mudah mudahan Allah mendatangkan kemudahan , kerana sesungguhnya setiap harinya Dia mempunyai urusan berkenaan dengan makhlukNya "

Penggunaan PCM SUPP Untuk Bayi / Kanak-kanak .

Assalamualaikum w.b.t . . .

Agak lama juga menyepi daripada membuat apa apa entry sejak beberapa hari nie , sebabbb . . Daq Wawe demam ! Kalau anak demam , memang kena pantau dia je la . . Baby lagi kot ? Tu yg risau kalau demam dia tak baik baik .

Demam dia kali nie agak teruk juga , apabila suhu badan mencapai 39.7°c  ! Ohh mak aii . . Sangat sangat bahaya ok , kalau baby demam , suhu badan dia naik sampai macam tu sekali . So . . Aku bawak la dia pergi klinik yg biasa dah pergi tu . . Klinik AlInsaan . Nak pergi klinik kesihatan ? Memang tak la  . . Biasanya aku akan bawak dia pergi klinik kesihatan kalau dah sampai masa untuk pergi checkUp bulan bulan tu je . Selain daripada tu , memang aku lebih sanggup pergi klinik swasta , sebab . . Tak payah tunggu lama lama . Orang pon tak berapa ramai . Pergi klinik tu , dia just bagi ubat demam yg biasa tu . . Padahal kat rumah aku ada je lagi stok ubat tu , tapi ntah la . . Aku nie jenis yg tak boleh la . . Kalau Daq Wawe demam ke , sembelit ke , apa ke , aku mesti nak pergi face to face dengan doctor . Baru puas hati aku . Walaupon dikenakan cas bayaran yg agak ermmm , boleh tahan mahal , tapi tak pe . . Everything for you my princess ! Huhu .



Nie la ubat yg selau dapat bila bawak Daq Wawe pergi klinik kalau dia demam . Ubat nie biasanya kita bagi anak minum 1 kali setiap 6 jam . Berapa mL , itu kena refer pada berapa KG berat badan anak kita . Paracetamol yg nie biasanya Daq Wawe minum kalau suhu demam dia tu tak melebihi 37°c , tapi ! Disebabkan lepas makan ubat nie suhu demam dia tak ok ok lagi , terusss melebihi suhu demam yg kebiasaannya , maka . . Aku akur , aku terpaksa juga bawa dia pergi ke hospital ! Masa dekat hospital , memang doctor cakap , panas sangat nie . . Kena bagi ubat punggung la ye . .



Paracetamol Suppositories (PCM SUPP) , adalah cara yg terbaik untuk melegakan demam bayi yg suhunya tinggi . Aku rasa , ubat nie lilin kot ? Sebelum lahirnya Daq Wawe ke dunia yg penuh dengan pancaroba nie , aku memang tak pernah tengok pon PCM SUPP nie tahu ? Sampai la bila dah ada anak , anak demam . . Baru aku tahu , wujudnya ubat yg kena masuk kat punggung segala bila demam panas . Huhu . Ingat anak aku steady la bila doctor nak masukkan ubat nie kat bummbumm dia tu ? Tak de maknanya ! Mengarok bukan main . Ye la . . Takut gamaknya ye . . Kesian umi tengok Hawa Nurraida nie  . . Umi pon rasa nak nangis sekali , tapi umi cover la sikit , depan doctor tu kan . . (T_T)

Itz ok , its orite , nangis la Hawa Nurraida oii , janji lepas nie Hawa sihat . Panas hilang , baru semangat nak main main , kalau tak . . Dari pagi sampai petang , tido je . . Sunyi sepi rumah dibuatnya ! Thats mean what ? Ada kebaikan juga la penggunaan PCM SUPP nie tatkala anak kecik kita nie demam kan ? Ada juga kebaikannya yg lain , iaitu :

~ PCM SUPP yg dimasukkan di bahagian dubur mempunyai kelebihan tindakan lebih cepat berbanding dengan ubat minum .

~ PCM SUPP juga membantu melegakan sistem penghadaman bayi , apabila bayi terus membuang air besar selepas dimasukkan PCM SUPP tersebut .

~ PCM SUPP juga boleh digunakan sekiranya anak enggan memakan ubat .

Haa guys ! PCM SUPP nie juga ada cara penggunaannya juga ok . . Tak boleh ikut suka hati uols je berapa das nak tembak dalam bummbumm baby tu taw ! Oleh kerana ia juga merupakan ubat paracetamol , perlu la juga diambil perhatian agar anak anak kita tidak terlebih dos paracetamol . Jumlah dos maksima paracetamol dalam sehari hendaklah diambil kira kedua dua ubat PCM SUPP dan ubat minum pcm . Adalah memadai sekiranya penggunaan pcm tidak melebihi 4 kali sehari (misalnya , sekali PCM SUPP dan tiga kali ubat minum) .

Haa . . Clear tak ? Mudah mudahan dapat memberi informasi kepada para pembaca sekalian . Lastly , tQvm for reading this entry . Bye !




Sel Sel Otak Sedang Berhubung Dengan PADDED BOOK by MIND TO MIND .

Assalamualaikum readers !

Rasa macam dah lama tak cerita panjang panjang kat blog nie , so . . . Hari nie aku nak cerita pasal PADDED BOOK , juga dalam bahasa melayunya disebut Buku Empuk . Aikk ? Sel sel otak sedang berhubung dengan buku empuk ? Benda benda yg empuk nie sedapnya dibawak tido je . . Ye tak ? Otak siapa pulak yg sedang berhubung nie ? Hmm . . Si manja aku la . . Hawa Nurraida .


Itu la dia Padded book yg aku maksudkan . Disebabkan Hawa selalu sangat kacau cousin dia bila nak jadual buku sekolah , terusss . . CikNa Hawa belikan buku nie . Simpan . Bila Si Hawa sama sibuk nak tolong jadualkan buku cousin dia tu , keluarkan la buku nie . Haa . . Duduk diam la dia . Actually , padded book nie juga berfungsi sebagai baby's first book taw ! Buku nie tak bahaya , sebab . . Tak de permukaan tajam & yg paling penting , bila Hawa duk gigit gigit buku nie , buku nie tak terkoyak pon !

At the same time , bila tiap tiap hari dia dah menghadap buku nie , dia dah start ingat & kenal apa apa yg ada dalam buku nie . Contohnya , kucing . . Dia tau dah yg mana . Tapi ! Nyesal pulak ajar Hawa panggil kucing tu meow . . Bila aku cakap mana meow , dia tunjuk kat kucing tu , tapi bila aku cakap mana kucing , dia buat derkkk je . Huhu . Tak pe . Hawa sila cuba lagi ok ?


Bukan setakat tau meow yg mana satu je , sekarang nie dah faham . . Sayang meow . . Sayang meow , amek kau ! Sampai macam tu sekali dia punya sayang . Bagi aku , padded book nie sangat memberangsangkan otak anak anak kita yg masih bayi nie dengan contents dia yg colourful . . Memang interesting la kan . . Ada satu hari tu , Hawa sebut depan aku , "enasshh" . Aku cakap , "tak de . Dalam buku nie tak de nenas la Hawa . ." Lepas tu aku saja la belek belek buku tu , sekali je . . . . .


Tu diaaa ! Ada nenas rupanya ! Adehh . Nampak sangat aku tak berapa nak tengok gambar gambar yg ada dalam buku nie kan ? Hawa lagi pandai daripada umi ye . . Hmm . See ! Colour dalam padded book nie terang terang kan ? Baik juga untuk merangsang penglihatan bayi .

Meoww yg Hawa sayang sangat tu . .

Lets learn . .

Belajar , belajar juga . Main tetap main . Hmm !

Ouuh . Kenapa ya ? Aku amek gambar Hawa tengah belajar dengan padded book nie , mesti Hawa tengah tak pakai baju ? Hehehe . Kebetulan . So far Hawa ada dua je padded book nie , esok lusa aku nak tambah lagi koleksi Padded Book by Mind to Mind nie . Harusss la , beli satu persatu . Huhu .


Ada 12 title semuanya . Hawa kena ada 12 , 12 nie ok ? Nanti Umi suruh CikNa belikan lagi . Hahaha . CikNa Hawa , sila amek perhatian ! Those yg nak dapatkan buku nie as your baby's first book , boleh la pergi ke book store yg berdekatan ye ? Macam Hawa , CikNa dia beli kat Popular . Sekarang nie zaman dah serba canggih kot ? Boleh beli juga dia website Mind To Mind . (=

Boleh klik sini ye . .
Thats all for today . Semoga apa yg aku share nie boleh la dimanfaatkan oleh para pembaca sekalian . Terutamanya those yg ada baby tu . . Yg baby tengah nak membesar tu . . Daripada kita bagi dieorang main handfon , tab bagai , bagi dieorang belajar pakai padded book nie pon bagus . Handfon , tab & semua semua tu boleh juga main , tapi . . Kena ada batasannya juga . Betul tak ?

tQvm for reading this entry !







WordLess Wednesday : Jauh Dimata , Dekat Dihati .

Walaupon suami aku tak tengok anak dia setiap hari , tapi jangan anggap dia amek remeh je soal anak nie ok ? Buktinyaaa , kat bawah nie . . Hehe .

Bintat sikit je pon . . Huhu .

Elak sembelit dengan NUTRIFRES .

Assalamualaikum !

Siapa yg mengikuti blog aku nie pasti ada baca kesah pasal Daq Wawe dulu sering diganggu dengan masalah sembelit . Kalau belum baca , sila klik sini untuk mengetahui cerita yg sebenarnya . Jenuhhh . . Nak menghadap masalah sembelit nie , terutamanya apabila anak kita yg masih baby nie yg mengalaminya . Start daripada susu sampai ke solid food dia aku mengkaji , dimanakah silapnya ? 3,4 hari ok , lepas tu nanti jadi balik sembelit .

Sampai la 1 hari tu aku bawak juga Daq Wawe nie pergi hospital , sebabbb . . Kalau dah sampai 4 hari pon dia tak de perasaan langsung nak membuang . Dia buat relax buat peace je , kau rasa ? Nyaris aku nak bawak jumpa pakar si Hawa Nurraida nie taw ! Pening dengan masalah dia yg tak berapa suka nak membuang . Masa dekat hospital tu , ada sorang mak cik nie , (nama dirahsiakan . Hehe .) tanya . . Kenapa dengan anak awak ? Nie haa makcik oii . . Anak saya nie dah 4 hari tak nak buang air besar ! Lahh . . Iye ke ? Cuba awak bagi dia minum jus mango tiap tiap hari , in shaa Allah berkesan . Mak cik bagi cucu makcik (cucu dia sama umur dengan Daq Wawe) minum jus mango . lancar je dia nak  . . . . . (kau pon tahu ayat yg seterusnya kan?) . Ouhh iye ke ? Baik ! Esoknya , mula la misi aku mencari jus mango yg sesuai untuk anak aku . Pergi Tunas Manja , kalau boleh semua minuman yg berasaskan mango aku nak beli . Memang nasib tak berapa nak menyebelahi aku la pula masa tu , sebabbb . . Jus mango jenama apakah yg makcik tu maksudkan ? Adesss  . . Aku pula tak tanya ! Mision failed !

Dah dekat rumah , aku tengok . . Ada 1 ibu oren (jus mango sebenarnya ye) nie , kakak aku yg beli . Kakak aku cakap , try bagi Daq Wawe minum jus nie , berkesan tak ? Nak tahu jus mango jenama apa ? Nie dia . . . . . . . . . .

NUTRIFRES MANGO CONCENTRATE

Sejak kakak aku beli , sampai hari nie  . . Tiap tiap malam sebelum tido , mesti aku bagi Daq Wawe minum benda nie , then esok pagi dia bangun tido , terusss . . Membuang macam biasa . Alhamdulillah . Serasi dengan dia . Dah 2 botol aku try . Memang ok . Btw , orang dewasa pon kalau sembelit aku high recommended , minum la Nutrifres nie . . In shaa Allah masalah sembelit tu akan selesai dengan izinNya .

Kalau nak bagi baby minum , jangan pulak sukat pakai sudu yg besar tu ! Nanti tak memasal bergelodak pulak perut anak korang . Pakai sudu kecik je , dah cukup . Macam aku buat nie . .



Hopefully perkongsian aku pasal NUTRIFRES nie bermanfaat untuk pembaca sekalian . NUTRIFRES nie ada juga berperisa selain daripada mango taw ! Ada banyak . . Korang pergi je dekat pasaraya yg berhampiran , mesti ada ! Selamat mencuba !


Rangkaian Fruit Juice by NUTRIFRES

tQvm for reading this entry !

SHAKLEE . Dulu Kini & Selamanya .

Assalamualaikum w.b.t & very good morning guys !

Happy Sabtuday ! Semoga hari nie semuanya ceria ceria belaka . Hari nie aku nak cerita pasal SHAKLEE . Suppliment yg aku amek after dah kawen & sampai la ke hari nie . . 1st and foremost , daripada mana aku tahu pasal Shaklee nie ? Daripada kawan baik aku . Hehe . Dia selalu update pasal Shaklee nie kat fB & WeChat dia , terusss dari situ la aku terpengaruh dengan Shaklee nie .

Biasa la , dulu . . Bila hidup bujang , nak kawen . Bila dah kawen , mesti la nak anak kan ? Aku pasti , bukan aku sorang je yg berperasaan macam tu kan ? Semua perempuan pon sama . Semakin hari , keinginan nak ada anak tu semakin menjadi jadi . Aku cuba la tanya kat kawan baik aku tu . . Tak de ke produk Shaklee yg boleh aku amalkan supaya semakin subur ke , period teratur ke , dia cakap ada !



Vitamin B-Complex + GLA Complex ! Kawan baik aku tu suggest aku try makan yg 2 benda nie dulu . Jodoh , ajal , maut , rezeki semuanya Allah yg tentukan . Walaupon begitu , kita harusss la berusaha juga . Begitu juga dengan aku . Aku ikhtiar , demi nak menyerikan lagi rumah tangga yg dibina masa tu baru 5,6 bulan kot ? Mesti orang cakap , alaaa . . Awal lagi nak ada anak . Ye ! Memang . . Tapi , bila dah kawen , rasa nak mengandung tu kalau boleh hari nie kawen , esok nak mengandung dah . Hehe . Agak keterlaluan ye bunyinya . Continue , makan vitamin tu dengan cara yg betul ok ! Jangan pakai makan je . Nak tahu cara makan yg betul , sila klik sini & klik sini juga ok ?



Totally vitamin yg aku makan tu actually berperanan juga untuk stabilkan kitaran period . Masa anak dara , period aku ok . . Tapi sejak dah kawen , kenapa aku punya period menjadi tunggang langgang ? Perbezaan . . Antara anak dara & dah kawen kan ? Since makan 2 benda tu , alhamdulillah . Period ok . . Tak sempat nak repeat oder pon dengan kawan baik aku tu , terusss . . Period lewat datang 2,3 hari masa tu . Try la buat UPT , Alhamdulillah . . Pregnant 5 weeks dah masa tu . Hehe . Bila dah pregnant , bertambah pula ye vitamin & suppliment yg harusss diambil . Tapi , GLA Complex dah kena stop makan masa tu . B-Complex boleh makan , sebab . . Content Asid Folic . Memang bagus sangat sangat & memang diperlukan sangat masa pregnant . Ehh , kalau mommy mommy pregnant kan kena minum susu ? Susu apa yg aku minum ? Harusss la . . . . . . . . . .


ESP by Shaklee ye  . . Susu soya . Nak minum Esp nie sangat best . Sebab . . Bukan hanya boleh diminum dengan air kosong je , campur dengan jus orange atau apa apa jus pon boleh taw ! Tu yg aku sukaaa sangat tu . Haa ! Sampai sekarang pon aku still lagi minum Esp nie . Aku anggap Esp nie ibarat milk booster gitu . Sebab Daq Wawe masih susu dengan aku lagi . Ouuh ye , sebut pasal Daq Wawe , hari nie 2 April , genap dah Hawa Nurraida 10 bulan . Alhamdulillah .

Masa aku pregnant dulu , bila perut dah semakin membesar , aku kerap kali juga diganggu dengan sakit pinggang . Sakit pinggang ? Ouhh . Tiada masa untuknya . (Macam iklan panadol ActiFast) Adehh . Dah la nak pergi kerja . Sakit pinggang pula . Plizzz la . Tak payah nak adehh sangat . Sebab . .  Shaklee still ada jalan penyelesaiannya . (=


OsteMatrix + Zinc Complex la jawapannya ! Sebelum tido setiap malam , aku makan sebiji / 2 biji . Esok pagi bangun tido , tiada lagi masalah sakit pinggang . Badan pon rasa ringan je walaupon masa tu kandungan semakin membesar . Tak de masalah pon aku nak ke mana mana . Kalau nak tahu details pasal fungsi & kebaikan 2 benda nie , boleh klik sini .

Actually banyak lagi produk Shaklee yg lain yg kita boleh amalkan . Orang perempuan nie sangat sangat penting ye kena jaga kesihatan ! Nak jaga diri sendiri , nak jaga suami , nak jaga anak . .  Harusss la kena ada suppliment yg boleh menguatkan kita disamping menambahkan kecantikan luaran & dalaman . Sesiapa yg berminat nak oder barang Shaklee , boleh contact kawan baik aku nie . .


So far boleh oder dengan dia , coming soon . . In shaa Allah , oder dengan aku pulak ye . . Hehe .

Rangkaian Produk Shaklee
Thats all for today ! Sharing is caring , caring is loving , loving is understanding ! tQvm for reading this entry !
 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in