29 Februari . 4 Tahun Hanya 1 Kali .

Assalamualaikum w.b.t . .

Sempena 29 Februari 2016 hari nie , tahun lompat katanya  . . Mehh aku sharekan sikit pasal tahun lompat nie . Walaupon dah ramai yg tahu , tapi tak pe . . Sebab aku tak post lagi entry untuk minggu nie , jadi . . aku up je la entry pasal 29 Februari . Boleh gitu ?

29 Februari 2016 .
Apa yg aku bagitahu nie . . Sumber daripada Wikipedia . Bukan aku yg memandai mandai taip taw ! Huhu .

29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory . Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya .

Mengikut takrif , tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat . Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki , seperti 1992 , 1996 , 2004 kecuali tahun-tahun abad .
Tahun abad , iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki . Mengikut ISO 8601 , tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat , walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas . Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat , termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat , termasuk 2100 , 2200 dan 2300 .

Oleh sebab itu , hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad . Sebagai contoh , sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad , anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun . Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut , pola ini akan diganggu .

Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun , dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut . Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97 , hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata .

Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini , dan oleh sebab itu , terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun . Sebaliknya , hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun .

Hmm . Macam mana lah rasanya orang yang lahir pada 29 Februari nie ek ? Mesti rasa macam awesome gitu kan ?


tQvm for reading this entry !

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in