Hawa Nurraida Turns 1 !

Assalamualaikum & hye & hello . .

Boleh dikatakan aku tengah rajin laa nie , nak update blog nie . . Kalau tak , entah entah bulan depan agaknya baru aku nak update kan ? Ceritanya . . Excited kata kau kan ? Anak sendiri dah pon menghadapi hari lahirnya yg pertama pada 2 June 2016 hari tu . So . . Macam mak mak yg lain jugak laa . . Aku pon apa kurangnya ? Tak ketinggalan nak celebrate sikit , buat makan sikit sikit untuk happykan anak aku yg sulong nie , Hawa Nurraida .



Hawa Nurraida bt. Abdul Razak
Nama diberi
Hawa = Isteri Nabi Adam , Nabi yg pertama sekali
Nur = Cahaya berseri seri yg setiap orang ingini
Raida = Pemimpin yg disegani suatu hari nanti , maybe ?

Sebelum tibanya hari lahir Hawa , aku memang awal awal lagi nak buat makan makan nie pada hari yg ada air . Ye laa . . Mersing masih lagi mengamalkan sistem air yg bercatu ok , masih lagi . Fuhh . So . . masa 4 June 2016 , hari Sabtu hari tu ada air & hari orang tak kerja , aku buat masa hari tu la celebration sikit untuk Hawa . Sekali makan makan untuk menyambut puasa jugak . . Bukan niat aku nak menunjuk atau riak atau apa pon yg negatif , sekadar aku nak abadikan kenangan kat blog nie . . Apa yg penting , panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t , kerana dengan izinNya , anak aku Hawa Nurraida membesar dengan sihat & cerdik .

Sengaja aku pilih tema Upin & Ipin sebab , Hawa kalau nampak je dua beradik kembar tu . . Dia punya sengih . . Lain macam ! Lucu sangat kot bagi dia ? Ada jugak kawan kawan aku yg tanya , kenapa tak pilih tema Frozen ke ? Hello Kitty ke ? Ermm , sebab . . Aku pilih yg Hawa suka , yg Hawa tahu . Hehehe . Jom laa . . Layan gambar dulu okeiy ?




Untuk persiapan tempat , aku deco deco sendiri je . malam tu Hawa dah tido , aku pon buat laa apa yg patut . Tak siap malam , sambung lepas subuh pulak . Hawa bangun tido je , aku bawak dia pergi depan , tunjuk kat dia . . Dia punya ketawa . . Bukan main lagi ! Syiok sangat aku rasa bila tengok dia ketawa macam tu taw ! Huhu .



Menu pada hari tu aku pilih menu yg simple simple je . Lagipon aku buat waktu agak dah petang macam tu laa . . The very big thanks tu hakak hakak aku & suami aku sebab tolong siapkan bahagian masak memasak makanan pada hari tu . Bab makanan , aku tak berapa nak amek bahagian sangat . Aku lebih suka jadi investor , selebihnya aku serahkan pada yg pro ! Hehehe . Aku bagi duit , aku tau semua setle ok ? Wkwkwk . Tetamu pon aku jemput kawan kawan rapat & jiran jiran yg dekat dengan rumah aku je . Itu pon ramai jugak yg tak dapat datang sebab tengah musim school break kan . . Ramai yg pergi bercuti & balik kampung . Terima kasih kepada kawan kawan aku & jiran jiran aku yg datang untuk meraikan hari lahir Hawa yg pertama nie .


Salah seorang tetamu yg datang , meet my best friend forever , Cik Rohamiza bt. Abdul Majid . Dia datang dengan someone . Someone special maybe ? Hahaha . Kalau kau baca nie , sila bagi respon sikit taw ! Siap ada props kau . . Ye laa . . Hawa , kalau Hawa nak tahu , masa umi & ayah kawin dulu , tak sempat nak buat props bagai nie nak oii . . Makanya , masa birthday Hawa nie laa umi saja nak buat . Untuk suka suka je . Itupon idea daripada Kak Ekin kau .




Umi & Ayah Hawa nak jugakkk . . Hehehe .

Mentang mentang laa dia Big Boss kan . . =P

tQvm kepada Kak Yusnita yg buatkan kek nie . . Kak Yusnita jugak yg buatkan kek masa aku kawin dulu . Memang sedap .

Tetamu yg datang dapat laa merasa doorgift yg tak seberapa nie . tQvm jugak kepada penaja minuman ringan Drinho , cawan siap ada sticker Upin & Ipin oleh Les CopaQue Sdn. Bhd. & penaja beg bunga bunga tu . . Pn . Julie Ent . Untung laa Hawa . Banyak nooo . . yg tukang sponser ! Hakkhakk .

Buat anak umi & anak ayah , Hawa Nurraida . . Umi & ayah doakan Hawa sentiasa sihat , membesar dengan sempurna , bijak & menjadi anak yg solehah . In shaa Allah , umi & ayah akan bagi yg terbaik untuk Hawa . Masa umi tengah taip entry nie , Hawa dah pon pandai berjalan dengan jayanya . Alhamdulillah . Umi & ayah saaayang Hawa ! Mmmuahhh !

Okeiy , semua tetamu dah balik . Boleh laa Hawa buka hadiah ye ? Hikkhikk . Terima kasih kepada yg datang , yg bagi hadiah . Hawa suka suka suka .

Thats all for today . tQvm for reading this entry . Ok bye !


15 comments:

  1. wahhh seronoknyaa hawa buat birthday party. semoga hawa membesar dgn sihat dan cerdik, jadi ank yg solehah ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa . . tu la . dJ tak balik & kalisya & kyda pon pergi bercuti kat cherating masa hari tu kan ? btw , same date dengan arwah mama . rindu sangat kat mama dJ . T_T

      Delete
  2. Selamat hari lahir hawa nurraida, moga menjadi anak yang solehah, membesar dengan sihat, berjaya dunia dan akhirat

    seronoknya dapat buat semua tu,akak setakat ni tak pernah buat lagi, teringin nak buat tapi belum berkesempatan, yang ada pun buat kat taska je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe kak . . nanti ada masa boleh buat kat rumah kan ? buat kat taska pon ok . anak anak ada ramai kawan kan . . lagi seronok tu . .

      Delete
  3. alololo comel nya Hawa Nurraida!

    Happy belated birthday Hawa sayang! Moga membesar dengan sihat, jadi anak yg solehah n berjaya dunia akhirat ye. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hawa cakap tQvm aunt Aina ! aaminn . . In shaa Allah .

      Delete
  4. Comelnya Hawa.. Baru baca entri ni.. Tapi umie tetap nak wish.. Happy Birthday Hawa.. Semoga menjadi anak yang patuh cakap kedua ibu bapa, menjadi anak solehah dan yang membanggakan ibu bapa ^^
    May Allah bless you always, Dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ umi yana . aminn . . in shaa Allah .

      Delete
  5. happy beday sayang ! semoga membesar memjadi anak yang baik .
    Btw ema kacau you jap ! Ni ada tag awak tanpa sengaja , KAH KAH !
    http://www.vetovirago.com/2016/06/giveway-shawl-raya-by-aryana-couture.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tq . Tq jugak sebab tag kita .

      Delete
    2. Tq tq . Tq jugak sebab tag kita .

      Delete
  6. Selamat Hari Lahir Hawa..! Comel tengok Hawa.. Hehee nampak macam Umi dan Ayah Hawa yang excited bergambar.. Hehe ;p

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran, Hawa. Nama yang cantik dan sedap didengar. Semoga Hawa menjadi seorang anak yang solehah, baik kepada kedua ibu bapanya, rajin dan bijak serta sentiasa mendengar kata. Jangan nakal-nakal ya, sayang.

    Nisa'

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Lahir Hawa...
    Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran by Hani RahmanTerima kasih...

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yg baik.
    Thanks.

    ReplyDelete

 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in