Selagi Ada Masa , Berikan Masa .

Assalamualaikum w.b.t . .

Uuiii . . . Lama sehh . Tak update blog ! Akibat jadi fulltime housewife kata kau kan ? Sampai nak taip kat keyboard nie pon jari aku macam dah tak berapa nak lancar & hampir hampir je aku dah tak berapa ingat antara save as dengan save image as tahu ? Penangan dia sampai macam tu sekali . Apa apa ponnn . . Alhamdulillah ! Masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan bulan mulia , Ramadhan .




Nak jugak . . #Throwback , ramadhan last year aku memang fully ketinggalan nak berpuasa , sebab . . Baru lepas bersalin masa tu . Still dalam pantang . Thats mean what ? Of course la aku kena ganti puasa tu kan . . And one more thing , say Alhamdulillah , tQ Allah ! Hawa Nurraida dah pon setahun umurnya masa 4hb yg baru nie . . (nanti aku update pasal Hawa Turns 1 ok ? huhu) .

Laaa . . nie aku just nak share , kepada sesiapa mak mak , hakak hakak , yg tak dan nak tunaikan terawih pada musim ramadhan nie atas alasan apa ? Macam aku , agak susah sikit , sebab Hawa kecik lagi & kejap kejap nak nen , kejap kejap nak nen , macam mana nak pergi surau kalau macam tu kan ? Nampak gayanya , in shaa Allah . . Aku teringin sangat nak terawih macam dulu dulu sebelum ada anak , rindu sangat rasanya taw ! Makanya , mehh la kita solat terawih kat rumah je . Ahaa . . Aku harusss laa bagi Hawa tidur dulu ye . . baru boleh tunaikan solat terawih dengan khusyuk & jayanya . In shaa Allah . Semoga Allah permudahkan laa . . Itu laa aku cakap , selagi ada masa , berikan masa ! Tahun tahun yg akan datang , belum tahu lagi kan ?

Adesss . . Macam mana nie ? Nak solat terawih sorang sorang kat rumah nie ? Jommm . . Aku sharekan . . Aku amek kat FB Mrs. Mama . Mohon dihalalkan laa ye . .














Lahhh . . So easy right ? Sama je macam solat terawih berjemaah dekat surau tu . . Kalau macam tu , mudah mudahan sebusy mana pon kehidupan seharian kita dalam sebulan nie , dapat laa jugak kita tunaikan amalan sunat nie . . In shaa Allah . .

Lastly , salam ramadhan to all readers & bloggers . Semoga Allah menerima segala amal ibadat kita pada bulan yg mula nie . Aaminnn . . In shaa Allah .

tQvm for reading this entry . (=

Bahagian Untuk Jiran Yang Baik .

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Jumaat  . .


Siapa jiran kita ?

Sabda Rasullullah S.A.W : " 40 buah rumah . Di sekeliling kita , kanan , kiri , depan , belakang, tak kira rumah orang Islam atau orang kafir . "

Tapi hari nie tak mungkin la aku nak bercerita sampai 40 buah rumah jiran aku , takkk . . Cukup la aku sekadar nak berkongsi & meluahkan  rasa rindu pada jiran sebelah rumah aku yg hari nie dah 13 hari pergi menghadap Ilahi . Lezam bt. Yunos @ Kak Uda . Seorang jiran yg amat baik . Aku anggap Kak Uda nie dah macam kakak aku sendiri . Aku rasa sesiapa pon memang senang dengan Kak Uda . Baru balik menunaikan umrah , terusss . . Allah menjemputnya ! Terlalu pantas masa berlalu . Arwah juga merupakan mama kepada blogger Eyja Lukman . Cik Ida doakan semoga Eyja & adik adik sentiasa tabah . Allah lebih sayangkan mama , mesti mama tenang kat sana kan ?

Hari Jumaat penghulu segala hari , AlFatihah untuk jiranku Lezam bt. Yunos . .



Tiap tiap hari aku sapu sampah kat depan rumah , mesti terbayang bayangkan arwah tengah sidai kain & tengah siram pokok bunga . Sebak rasa hati nie , Allah je yg tahu . Bahagian untuk jiran yg baik kan . . Mesti la ramai orang yg sayang . Kak Uda dah la pandai masak . Aku ingat lagi , masa aku pregnantkan Daq Wawe , aku ada suruh Kak Uda buatkan mee goreng & karipap . Sebabbb . . Dia buat memang sedap . Aku tak nak orang lain yg buat , nak dia juga yg buatkan . Mesti la Kak Uda buat . . Sekarang nie dah tak dapat dah nak merasa air tangan Kak Uda . (T_T) . . Last sekali Kak Uda masakkan bubur kacang untuk kenduri kat rumah aku masa sebelum dia nak pergi umrah hari tu . . Sebab tu aku cakap , arwah nie memang baekkkkk sangat orangnya ! Tolong menolong tu memang dia la yg win sekali . Kalau bab kenduri kendara kat rumah aku nie , jarang la dia tak join . .


Lepas arwah Kak Uda balik dari umrah , ada 2 kali je aku sempat bersembang dengan dia , sebab dia dah jarang keluar rumah sebab dah tak berapa sihat . . Aku sebagai jiran nie pon dah sedih tahap apa , inikan pulak anak anak dia kan ? Tak pe . . In shaa Allah . . Syurga buatmu Kak Uda . Masa tengah taip entry nie , memang sebak sangat . . Teringat kat Kak Uda . Sebelum nie , doa aku lepas solat untuk mereka yg dah pergi khas untuk Abah , Abang Ngah & Kak Nab , sekarang nie . . Tambah lagi seorang . . Untuk jiranku , Lezam bt . Yunos . Ini untuk bahagian Kak Uda , sebab dah jadi jiran yg terbaik di dunia nie . Semoga Kak Uda tenang kak sana  . .

Di kesempatan nie , aku nak share la juga . . Adab adab kita dalam berjiran & serba sedikit info pasal kejiranan . .







Semoga bermanfaat & tQvm for reading this entry !

Wanita Yang Bijaksana , Menjamin Kehidupan Yang Bahagia .



Wanita wajib menyambut suaminya dalam keadaan yg terbaik ketika suami pulang ke rumah . Tidak boleh menambahkan tekanan kepada suaminya , terutamanya apabila suami memang sedang barada dalam keadaan tertekan , letih & stress . Namun sebaliknya , hendaklah seorang isteri menyambut suaminya dengan senang hati & memenuhi apa jua permintaannya tanpa bertanya mengapa dia berada dalam keadaan yg sedemikian .

Apabila suami telah tenang & kelihatan sedang santai berada di rumah , biasanya dia sendiri akan menjelaskan apa yg terjadi & apa yg sedang difikirkannya . Kalau suami masih berdiam diri , mungkin juga ini adalah waktu yg tepat untuk si isteri bertanya & caranya harusss la dengan gaya bahasa yg menunjukkan kekuatiran + kebimbangan terhadap keadaan yg sedang dialami oleh suami .

Apabila isteri mempunyai kemampuan untuk membantu menyelesaikan permasalahan yg mengeruhkan fikiran & memyempitkan dada suaminya , sebaiknya isteri bersegera la membantunya , kerana . . Sikap seperti ini akan banyak meringankan beban suami . Kerana itu , suami akan merasakan bahawa di dalam rumahnya terdapat permata yg berharga , bahkan jauh lebih berharga daripada permata mana pon yg ada di dalam dunia .

Bukanlah sekadar bijaksana dalam jurusan akademik sahaja , tetapi kebijaksanaan melaksanakan tanggungjawab terhadap suami juga . (=


" Mudah mudahan Allah mendatangkan kemudahan , kerana sesungguhnya setiap harinya Dia mempunyai urusan berkenaan dengan makhlukNya "

Betulkan Solat = Betulkan Hidup .

Assalamualaikum w.b.t . .

Macam biasa la . . Selamat Jumaat , penghulu segala hari , harusss la kita menulis benda yg baik baik je . Betul tak ? Dah lama juga aku berniat nak share entry yg nie , baru hari nie ada kesempatan nak menulis .




Suka sangat aku nak ingatkan para pembaca sekalian , termasuk la diri aku sendiri , mehh la kita sikit sikit perbetulkan solat kita . Solat tiang agama . Benda yg pertama dihisab nanti pon solat kita juga kan ? Semuanya bermula masa aku pergi interview nak mohon nikah dulu . Kalau kat Johor nie , sesiapa yg nak nikah , kena pergi interview dulu . Aku rasa Johor je kot yg ada buat interview ? Tak kesah la yg tu kan . . Macam biasa la , yg first sekali mesti la yg tukang interview tu suruh mengucap dua kalimah syahadah & maksudnya sekali . Lepas tu kena soal rukun solat , baca doa qunut , dan boleh juga ye di soalnya aku jenis jenis air . Fuhh ! Alhamdulillah . Tak sia sia pergi sekolah agama sampai darjah khas taw ! Pangkat 1 , agregat 24 ok ! Hehe .Terima kasih mak , abah , yg paksa aku pergi sekolah agama . Huhu . Yg tu semua aku past , sampai la bab yg satu nie . . Boleh tak awak baca AlFatihah dengan bacaan yg paling baik sekali & maksudnya ? Gulp ! Maksud ? Aku pon baca , lepas tu aku bagitahu . . Maaf la encik , maksudnya saya tak berapa ingat . Ok , kalau macam tu , macam mana awak nak khusyuk dalam solat kalau awak tak faham apa yg awak baca dalam solat ? Aku diam je doe ! Rasa insaf untuk seketika pon ada masa nie . Nak khusyuk dalam solat , lebih baik kita baca bacaan dalam solat tu , sambil dalam hati kita sebut maksud apa yg kita baca tu . Ok , faham . Terusss . . Sejak daripada hari tu , aku bertekad , aku nak tahu & nak ingat semua apa maksud setiap bacaan dalam solat . Aku kena buat sesuatu .

Buku Skrap Pasal Solat

Dengan itu , terhasil la buku skrap yg kat atas nie . Aku buat sendiri taw . Kumpul bahan sikit sikit . (Cehh , macam buat assignment la pulak) Banyak sumber daripada google . Kumpul kumpul kumpul , aku jadikan buku skrap . Sebab senang aku nak baca .




Lebih kurang macam tu la aku buat , janji niat kita kan ? Alhamdulillah . Berkat daripada niat yg suci & murni , dapat la aku mendalami setiap bacaan dalam solat . Sebenarnya aku tak tahu pon , apabila seseorang itu membetulkan solatnya , maka seseorang itu sedang membetulkan hidupnya . Sampai la satu hari tu aku nampak kat fB , aku terbaca . Iye ke ? Alhamdulillah . Allah memberi hidayah pada setiap hambaNya . Yg penting kita mesti la selalu memohon kepadaNya juga . Kat sini aku nak share juga maksud maksud bacaan dalam solat kita . Sumber dari google . Aku harap semuanya bermanfaat kepada semua yg baca blog aku nie ok ? In shaa Allah .


Doa Iftitah
AlFatihah
AlKafirun

AnNas

AlIkhlas



Tahhiyat Awal & Akhir


Surah surah yg aku share adalah surah surah lazim yg simple yg aku selalu baca . Sesiapa yg baca surah lain pon bagus la kalau fahami & hayati setiap maksud surah surah tu ok ? Semoga semuanya bermanfaat & selamat beramal ye rakan rakan .


Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa suka bertemu Allah SWT dalam keadaan Muslim , hendaklah ia menjaga solat lima waktu ." (HR.Ibnu Majah)


tQvm for reading this entry !

10 Cara Meraih Kebahagiaan .

Assalamualaikum w.b.t & Salam Jumaat . .

Hari Jumaat , penghulu segala hari ,
Alhamdulillah , kita masih diberi peluang hari ini ,
Masih bernafas lagi ,
Melihat muka insan insan yg kita sayangi ,
Terima kasih Ya Ilahi ,
Berpeluang berasa bahagia untuk kesekian kali . .

Selagi hidup , selagi bernafas , walau sebesar mana pon masalah yg kita lalui , yg kita hadapi , kita semua masih berhak untuk berasa bahagia . Suka sangat aku nak berkongsi dengan sesiapa yg singgah & baca blog aku nie pasal cara untuk meraih kebahagiaan . .

1. Melakukan Pekerjaan Yg Anda Sukai
Bila pekerjaan yg anda sukai itu sukar diperolehi , maka isikanlah hobi anda pada saat saat waktu yg terluang .

2. Perhatikan Kesihatan Fizikal
Sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan , iaitu dengan mengatur rutin makan & minum tanpa berlebihan , membiasakan olahraga & menjauhi kebiasaan buruk & merugikan .

3. Fikir Apa Tujuan Dalam Hidup
Harus memiliki tujuan dalam hidup , kerana itu yg akan membuat anda bersemangat .

4. Lapang Hati
Menjalani kehidupan apa adanya & menerimanya dengan baik , yg pahit atau manis dengan hati yg lapang .

5. Hayati Hidup
Hayati hidup yg sedang dijalani . Jangan sesekali menyesali perkara yg sudah berlalu & jangan pula memeningkan diri dengan hari esok yg belum tiba .

6. Membuat Keputusan
Hendaklah selalu berfikir dalam kerja & mengambil keputusan . Jangan menyalahkan orang lain
atas  keputusan keputusan anda & atas sesuatu yg kadangkala menimpa anda .

7. Jangan Bangga Diri
Sentiasalah memandang orang yg berada di bawah anda .

8. Senyuman
Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman , berjiwa periang & berteman dengan orang yg optimis .

9. Bantu Membantu
Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan dari dirinya .

10. Gunakan Kesempatan Yang Ada
 Pergunakanlah berbagai kesempatan yg cerah lagi indah & anggaplah itu sebagai terminal yg
 sangat penting untuk berasa bahagia .


Sekadar perkongsian untuk aku & korang semua . . Jom cuba try test praktikkan semua yg kat atas tu nak ? Mudah mudahan kita sentiasa akan berasa bahagia .

tQvm for reading this entry !

Bangunkan Sebuah Istana Dalam Syurga .

Assalamualaikum w.b.t . .

Semua dah tido ke ? Awal je tido ? Siapa yg belum tido tu , kita geng ! Mehh baca entry aku nie . . Rasa macam dah lama pulak tak update blog . Nie . . Daq Wawe dah tido , boleh la aku curi curi update blog sebelum dia terjaga .

Mukadimah pon macam dah tak berapa best , tapi tak pe . . Keep reading ye guys . . Terutamanya sesiapa yg bergelar wanita . Lelaki pon boleh baca . Tak de masalah . Btw , apa yg aku taip , refer pada diri aku sendiri taw !

Bila anak dah tido , aku tak tido . Bila anak tak tido , aku sibuk suruh dia tido , sebab aku pon  nak tido . Katanya ! Penat kot ? Padahal jaga anak petang - malam - sampai dia tido . Pagi nak pergi kerja , hantar anak rumah pengasuh . Bila off day , jaga anak fullday , fulltime , tak de pulak rasa penat macam nie haa . . Tiba tiba aku dapat 1 ilham . Ye ! Aku tak payah kerja dah kot ? Resign . Jaga anak + jadi suri rumah sepenuh masa je la . Ok . Akan dipertimbangkan . Apa yg aku nak bagitahu kat sini , banyak sangat pahala yg kita dapat bila kita jaga anak dengan kudrat kita sendiri . Masa mengandungkan dia pon dah berapa banyak pahala kat situ . Lepas tu , sebelum nak lahirkan dia , masa menanggung sakit tu pon dah terhapus dah dosa dosa kita . Inikan pulak bila bersalinkan dia , terusss . . Terhapus sudah segala dosa dosa kita . Bila dah lahir , nak membesarkan dia pulak . Dah la hilang segala dosa , dapat pulak pahala . . Siapa yg tak nak kan ? Tapi , kita orang perempuan & mak mak nie pon manusia biasa juga . Kenal erti penat letih segala . Kadangkala rasa geram juga . Bila si anak buat perangai tak reti bahasa . Dari situ la kita diuji kot ? Setinggi mana kesabaran kita untuk memperoleh pahala . Pahala itu la yg akan membolehkan kita membangunkan sebuah istana di syurga nanti . In shaa Allah .

Cerita punya la cerita pasal anak , jangan la kita lupakan pula En. Suami kita yg tercinta . Padahal dia la nombor satu dari segalanya selepas Yang Maha Esa . Mungkin ada dalam kalangan kita yg terlampau sibuk melayan kerenah anak , terutamanya anak kecik , baby lagi , macam Daq Wawe . . Serba serbi nak dilayan , sampai En. Suami buat hal dia sendiri . Ada tak macam tu ? Korang , ada tak ek ? Ada . . Aku ke ? Hikk . Macam aku . . Alhamdulillah . Allah kirimkan En. Suami yg memahami . Mana yg dia boleh buat , memang dia kan buat . Mana yg nak kena tunggu aku buat , aku akan buat . Sharp on time ! Tanpa was was ! Jaga anak dapat pahala , jaga suami pon apa kurangnya ? Mesti la hebat juga . Syurga juga ganjarannya . Elakkan la merungut depan suami . Aku pesan untuk diri aku sendiri juga nie ok . Kalau selalu sangat merungut depan suami , suami bosan ke ek ? Maybe yes , maybe no . Whos know ? Heheh .

Kalau letih jaga anak , tetap kena jaga juga . Harta kita . Jangan pula kata jaga suami pon letih juga . Ehh kau dah kenapa ? Nak kena ke ? Mana ada . . Aku hanya nak sedapkan ayat sahaja . Aikk . . Dah macam pantun pula ya ? Begitu juga degan solat kita . Penat , letih tahap dewa 19 pon kita tetap kena laksanakan juga . Dah sehari dari pagi sampai ke malam , Allah bagi peluang hirup udara segar , masih boleh bernafas , masih boleh tengok muka muka insan yg kita sayang . Solat la . .  Tanda kita syukur & terima kasih padaNya . Dikira pahala . Tak buat , dosa . .

Selagi bernafas , selagi tu boleh kumpul pahala , supaya kita sama sama dapat bangunkan sebuah istana dalam syurga di akhirat sana . Banyak cara nak kumpul pahala nie kan ? Yang aku cerita nie sebenarnya macam liku liku kehidupan yg aku hadapi sehari harian gitu . Semoga bermanfaat untuk semua .

" sesiapa yg beramal soleh , dari lelaki atau perempuan , sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yg baik & sesungguhnya Kami akan membalas mereka , dengan memberikan pahala yg lebih dari apa yg mereka telah kerjakan ."
(AnNahl : 97)


tQvm for reading this entry .
 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in