Betulkan Solat = Betulkan Hidup .

Assalamualaikum w.b.t . .

Macam biasa la . . Selamat Jumaat , penghulu segala hari , harusss la kita menulis benda yg baik baik je . Betul tak ? Dah lama juga aku berniat nak share entry yg nie , baru hari nie ada kesempatan nak menulis .




Suka sangat aku nak ingatkan para pembaca sekalian , termasuk la diri aku sendiri , mehh la kita sikit sikit perbetulkan solat kita . Solat tiang agama . Benda yg pertama dihisab nanti pon solat kita juga kan ? Semuanya bermula masa aku pergi interview nak mohon nikah dulu . Kalau kat Johor nie , sesiapa yg nak nikah , kena pergi interview dulu . Aku rasa Johor je kot yg ada buat interview ? Tak kesah la yg tu kan . . Macam biasa la , yg first sekali mesti la yg tukang interview tu suruh mengucap dua kalimah syahadah & maksudnya sekali . Lepas tu kena soal rukun solat , baca doa qunut , dan boleh juga ye di soalnya aku jenis jenis air . Fuhh ! Alhamdulillah . Tak sia sia pergi sekolah agama sampai darjah khas taw ! Pangkat 1 , agregat 24 ok ! Hehe .Terima kasih mak , abah , yg paksa aku pergi sekolah agama . Huhu . Yg tu semua aku past , sampai la bab yg satu nie . . Boleh tak awak baca AlFatihah dengan bacaan yg paling baik sekali & maksudnya ? Gulp ! Maksud ? Aku pon baca , lepas tu aku bagitahu . . Maaf la encik , maksudnya saya tak berapa ingat . Ok , kalau macam tu , macam mana awak nak khusyuk dalam solat kalau awak tak faham apa yg awak baca dalam solat ? Aku diam je doe ! Rasa insaf untuk seketika pon ada masa nie . Nak khusyuk dalam solat , lebih baik kita baca bacaan dalam solat tu , sambil dalam hati kita sebut maksud apa yg kita baca tu . Ok , faham . Terusss . . Sejak daripada hari tu , aku bertekad , aku nak tahu & nak ingat semua apa maksud setiap bacaan dalam solat . Aku kena buat sesuatu .

Buku Skrap Pasal Solat

Dengan itu , terhasil la buku skrap yg kat atas nie . Aku buat sendiri taw . Kumpul bahan sikit sikit . (Cehh , macam buat assignment la pulak) Banyak sumber daripada google . Kumpul kumpul kumpul , aku jadikan buku skrap . Sebab senang aku nak baca .




Lebih kurang macam tu la aku buat , janji niat kita kan ? Alhamdulillah . Berkat daripada niat yg suci & murni , dapat la aku mendalami setiap bacaan dalam solat . Sebenarnya aku tak tahu pon , apabila seseorang itu membetulkan solatnya , maka seseorang itu sedang membetulkan hidupnya . Sampai la satu hari tu aku nampak kat fB , aku terbaca . Iye ke ? Alhamdulillah . Allah memberi hidayah pada setiap hambaNya . Yg penting kita mesti la selalu memohon kepadaNya juga . Kat sini aku nak share juga maksud maksud bacaan dalam solat kita . Sumber dari google . Aku harap semuanya bermanfaat kepada semua yg baca blog aku nie ok ? In shaa Allah .


Doa Iftitah
AlFatihah
AlKafirun

AnNas

AlIkhlas



Tahhiyat Awal & Akhir


Surah surah yg aku share adalah surah surah lazim yg simple yg aku selalu baca . Sesiapa yg baca surah lain pon bagus la kalau fahami & hayati setiap maksud surah surah tu ok ? Semoga semuanya bermanfaat & selamat beramal ye rakan rakan .


Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa suka bertemu Allah SWT dalam keadaan Muslim , hendaklah ia menjaga solat lima waktu ." (HR.Ibnu Majah)


tQvm for reading this entry !

4 comments:

  1. Yes dear..! so true.. Huhuh org johor je nak nikah kena interview. Apa pun jaga solat kita, betul kan setiap lafaz syahadah.. Insyaallah Allah permudahkan urusan hidup kita. =)

    ReplyDelete
  2. ye . mudah mudahan Allah permudahkan segala urusan . In shaa Allah .

    ReplyDelete
  3. Bagusnyaaa entry ni. Mmg penting sgt faham bacaan dlm solat. Nk screenshot la simpan dlm fon hehe boleh selalu rjuk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok ok . Silakan ye farah . Semoga bermanfaat .

      Delete

 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in