Cara Buat Omelette Yang Betul .

Assalamualaikum readers !

Disebabkan beberapa hari yg lepas , husband aku cuti banyak hari , so . . Banyak la juga permintaanya ! Maklum la . . Bukan tiap tiap hari dapat makan masakan isteri dia nie kan ? Kalau kat kem , dia masak sendiri . Tak lama lagi je . Lepas nie dah boleh dah makan masakan yg isteri dia nie setiap hari . Harap tak jemu nanti ok ?

Di suatu petang yg hening , di dalam sebuah kereta , aku yg baru sahaja habis kerja petang tu , duduk bukan main relax lagi . Sebab husband yg drive . Sumpah gila best bila kita pergi kerja ada orang hantar , nak balik ada orang amek , kan ? Tapi tidak mengapa la . Disebabkan aku seorang isteri yg independent , kadang kadang je aku dapat merasakn situasi yg sedemikian . Terusss husband aku pon tanya , kita nak makan apa malam nie ? Dengan selamber aku menjawab , makan yg tengahari tadi punya la . Huhu . Husband cakap lagi , kalau nak makan lain boleh ? Nak makan apa pulak ? Nasi goreng sotong katanya ! Alaa . . Baru balik kerja nie nak rehat . Cehh . Macam penat sangat kan ? Hati aku berdetak . Terusss aku jawab dengan nada yg agak sedikit lemah , hmm . . ok la . .

Pergi la aku dengan husband ke pasaraya yg baru beroperasi , Fresh Hub namanya . Mencari bahan bahan nak masak nasi goreng sotong tu . Simple je . Janji husband selera nak makan kan ? Husband jaga anak , aku pon tingtang tingtang kat dapur ibarat seorang peserta rancangan chopped , memotong bahan bahan , ibarat seorang peserta master chef yg tidak diiktiraf oleh mana mana restoran pon tahu ? Tidak lupa juga , ibarat seorang supermak ok ?


Tadaaa ! Nasi Goreng Sotong

Walaupon husband aku makan nasi goreng sotong , itu tidak bermakna suamiku encik sotong ! Hahaha . No no no . Tidak sama sekali . Ingatkan dah siap dah aku punya tingtang tingtang kat dapur , muncul pulak husband nie kat dapur , buat telur dadar sekali taw ! Tu diaaa . . Adehh . Daq Wawe pulak dah bosan best friend dengan ayah dia , nak umi pulak . Husband cakap , tak pe la . Pi la jaga Hawa , biar orang buat sendiri . Betul ke nie ? Betul la . . Haa . . Kalau gitu , goreng nugget sekali la . Hehe. Aku pulak yg buat permintaan . Husband aku ye kan je la . Sekali aku dengar suara dari arah dapur , tepung ada tak ? Ehh Nak buat apa tepung ? Tadi cakap nak buat telur dadar , nak buat jemput jemput pulak ke ? Aku bermonolog sendirian . Pergi dapur , bagi tepung kat husband . Tengok tengok dia campur tepung tu kat telur yg dia nak goreng tu ? Dem ! Apa yg kau nak buat sebenarnya haa ?Aku berasa sedikit jakun ye ketika beliau berbuat demikian . Apa ? Tak pernah ke tengok orang buat telur dadar letak tepung ? Ciyezz la . . Memang aku tak tahu . Teruk benorrr isteri hang nie razak oii . Selalu (tak berapa nak selalu sangat) ceq buat telur dadar paling amazing pon letak garam , bawang & lada . Tu je . Husband aku cakap . . Nak buat telur dadar yg betul , nak bagi telur tu berkembang dengan elok , letak la tepung . . Ouhh . . Kesahnya ! Tengok husband aku buat telur dadar , perghh . . Bila tang nak balikkan telur tu , dia punya pusing kuali , sampai membuatkan mata aku pejam celik pejam celik lebih kurang selama 1 minit 7 saat . Nasib baik pejam , celik . Kalau pejam tak celik celik , masalah pulak .  Tak sempat aku nak amek gambar moment tu taw . Kalau tak , boleh letak kat entry nie kan ? Huhu .


Onommnommnomm . . Suci je omelette nie kan ?

Aku buat pon tak sesuci nie tahu ? Kadang kadang nak buat telur dadar , bila nasib tak menyebelahi diri nie , terjadi pula telur hancur . Hikkhikk . tQvm husband . Rasa best je dinner masa tu . Nasi goreng sotong + omellete + nugget + air anggur . Dapat pula info cara buat omelette yg betul , kalau tak , memang tak tahu . Ishh .

tQvm for reading this entry !

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. aina biasa buat telur dadar letak mayonis... hihihi. mkn dgn nasi goreng mmg sedappp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya memang letak mayonis , dapat ke husband saya , dia letak tepung terusss . hehehe .

      Delete
  3. salam kenal...SA kalau bab seafood pasti teruja..sedapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam . . salam kenal juga . . (=

      Delete
  4. salam kenal akak.
    sedap tu nasi goreng sotong ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam najah . sedap juga la najah . masak main main je tu .

      Delete
  5. kak, share lah resepi nasi goreng tuu.. macam sedap jee..hehe
    eh, pakai tepung ea???first time dengar..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok . boleh . nanti akak buat entry lain . untuk resepi nasi goreng tu ok ?

      Delete

 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in