Hawa Nurraida Turns 1 !

Assalamualaikum & hye & hello . .

Boleh dikatakan aku tengah rajin laa nie , nak update blog nie . . Kalau tak , entah entah bulan depan agaknya baru aku nak update kan ? Ceritanya . . Excited kata kau kan ? Anak sendiri dah pon menghadapi hari lahirnya yg pertama pada 2 June 2016 hari tu . So . . Macam mak mak yg lain jugak laa . . Aku pon apa kurangnya ? Tak ketinggalan nak celebrate sikit , buat makan sikit sikit untuk happykan anak aku yg sulong nie , Hawa Nurraida .



Hawa Nurraida bt. Abdul Razak
Nama diberi
Hawa = Isteri Nabi Adam , Nabi yg pertama sekali
Nur = Cahaya berseri seri yg setiap orang ingini
Raida = Pemimpin yg disegani suatu hari nanti , maybe ?

Sebelum tibanya hari lahir Hawa , aku memang awal awal lagi nak buat makan makan nie pada hari yg ada air . Ye laa . . Mersing masih lagi mengamalkan sistem air yg bercatu ok , masih lagi . Fuhh . So . . masa 4 June 2016 , hari Sabtu hari tu ada air & hari orang tak kerja , aku buat masa hari tu la celebration sikit untuk Hawa . Sekali makan makan untuk menyambut puasa jugak . . Bukan niat aku nak menunjuk atau riak atau apa pon yg negatif , sekadar aku nak abadikan kenangan kat blog nie . . Apa yg penting , panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t , kerana dengan izinNya , anak aku Hawa Nurraida membesar dengan sihat & cerdik .

Sengaja aku pilih tema Upin & Ipin sebab , Hawa kalau nampak je dua beradik kembar tu . . Dia punya sengih . . Lain macam ! Lucu sangat kot bagi dia ? Ada jugak kawan kawan aku yg tanya , kenapa tak pilih tema Frozen ke ? Hello Kitty ke ? Ermm , sebab . . Aku pilih yg Hawa suka , yg Hawa tahu . Hehehe . Jom laa . . Layan gambar dulu okeiy ?




Untuk persiapan tempat , aku deco deco sendiri je . malam tu Hawa dah tido , aku pon buat laa apa yg patut . Tak siap malam , sambung lepas subuh pulak . Hawa bangun tido je , aku bawak dia pergi depan , tunjuk kat dia . . Dia punya ketawa . . Bukan main lagi ! Syiok sangat aku rasa bila tengok dia ketawa macam tu taw ! Huhu .



Menu pada hari tu aku pilih menu yg simple simple je . Lagipon aku buat waktu agak dah petang macam tu laa . . The very big thanks tu hakak hakak aku & suami aku sebab tolong siapkan bahagian masak memasak makanan pada hari tu . Bab makanan , aku tak berapa nak amek bahagian sangat . Aku lebih suka jadi investor , selebihnya aku serahkan pada yg pro ! Hehehe . Aku bagi duit , aku tau semua setle ok ? Wkwkwk . Tetamu pon aku jemput kawan kawan rapat & jiran jiran yg dekat dengan rumah aku je . Itu pon ramai jugak yg tak dapat datang sebab tengah musim school break kan . . Ramai yg pergi bercuti & balik kampung . Terima kasih kepada kawan kawan aku & jiran jiran aku yg datang untuk meraikan hari lahir Hawa yg pertama nie .


Salah seorang tetamu yg datang , meet my best friend forever , Cik Rohamiza bt. Abdul Majid . Dia datang dengan someone . Someone special maybe ? Hahaha . Kalau kau baca nie , sila bagi respon sikit taw ! Siap ada props kau . . Ye laa . . Hawa , kalau Hawa nak tahu , masa umi & ayah kawin dulu , tak sempat nak buat props bagai nie nak oii . . Makanya , masa birthday Hawa nie laa umi saja nak buat . Untuk suka suka je . Itupon idea daripada Kak Ekin kau .




Umi & Ayah Hawa nak jugakkk . . Hehehe .

Mentang mentang laa dia Big Boss kan . . =P

tQvm kepada Kak Yusnita yg buatkan kek nie . . Kak Yusnita jugak yg buatkan kek masa aku kawin dulu . Memang sedap .

Tetamu yg datang dapat laa merasa doorgift yg tak seberapa nie . tQvm jugak kepada penaja minuman ringan Drinho , cawan siap ada sticker Upin & Ipin oleh Les CopaQue Sdn. Bhd. & penaja beg bunga bunga tu . . Pn . Julie Ent . Untung laa Hawa . Banyak nooo . . yg tukang sponser ! Hakkhakk .

Buat anak umi & anak ayah , Hawa Nurraida . . Umi & ayah doakan Hawa sentiasa sihat , membesar dengan sempurna , bijak & menjadi anak yg solehah . In shaa Allah , umi & ayah akan bagi yg terbaik untuk Hawa . Masa umi tengah taip entry nie , Hawa dah pon pandai berjalan dengan jayanya . Alhamdulillah . Umi & ayah saaayang Hawa ! Mmmuahhh !

Okeiy , semua tetamu dah balik . Boleh laa Hawa buka hadiah ye ? Hikkhikk . Terima kasih kepada yg datang , yg bagi hadiah . Hawa suka suka suka .

Thats all for today . tQvm for reading this entry . Ok bye !


Penggunaan PCM SUPP Untuk Bayi / Kanak-kanak .

Assalamualaikum w.b.t . . .

Agak lama juga menyepi daripada membuat apa apa entry sejak beberapa hari nie , sebabbb . . Daq Wawe demam ! Kalau anak demam , memang kena pantau dia je la . . Baby lagi kot ? Tu yg risau kalau demam dia tak baik baik .

Demam dia kali nie agak teruk juga , apabila suhu badan mencapai 39.7°c  ! Ohh mak aii . . Sangat sangat bahaya ok , kalau baby demam , suhu badan dia naik sampai macam tu sekali . So . . Aku bawak la dia pergi klinik yg biasa dah pergi tu . . Klinik AlInsaan . Nak pergi klinik kesihatan ? Memang tak la  . . Biasanya aku akan bawak dia pergi klinik kesihatan kalau dah sampai masa untuk pergi checkUp bulan bulan tu je . Selain daripada tu , memang aku lebih sanggup pergi klinik swasta , sebab . . Tak payah tunggu lama lama . Orang pon tak berapa ramai . Pergi klinik tu , dia just bagi ubat demam yg biasa tu . . Padahal kat rumah aku ada je lagi stok ubat tu , tapi ntah la . . Aku nie jenis yg tak boleh la . . Kalau Daq Wawe demam ke , sembelit ke , apa ke , aku mesti nak pergi face to face dengan doctor . Baru puas hati aku . Walaupon dikenakan cas bayaran yg agak ermmm , boleh tahan mahal , tapi tak pe . . Everything for you my princess ! Huhu .



Nie la ubat yg selau dapat bila bawak Daq Wawe pergi klinik kalau dia demam . Ubat nie biasanya kita bagi anak minum 1 kali setiap 6 jam . Berapa mL , itu kena refer pada berapa KG berat badan anak kita . Paracetamol yg nie biasanya Daq Wawe minum kalau suhu demam dia tu tak melebihi 37°c , tapi ! Disebabkan lepas makan ubat nie suhu demam dia tak ok ok lagi , terusss melebihi suhu demam yg kebiasaannya , maka . . Aku akur , aku terpaksa juga bawa dia pergi ke hospital ! Masa dekat hospital , memang doctor cakap , panas sangat nie . . Kena bagi ubat punggung la ye . .



Paracetamol Suppositories (PCM SUPP) , adalah cara yg terbaik untuk melegakan demam bayi yg suhunya tinggi . Aku rasa , ubat nie lilin kot ? Sebelum lahirnya Daq Wawe ke dunia yg penuh dengan pancaroba nie , aku memang tak pernah tengok pon PCM SUPP nie tahu ? Sampai la bila dah ada anak , anak demam . . Baru aku tahu , wujudnya ubat yg kena masuk kat punggung segala bila demam panas . Huhu . Ingat anak aku steady la bila doctor nak masukkan ubat nie kat bummbumm dia tu ? Tak de maknanya ! Mengarok bukan main . Ye la . . Takut gamaknya ye . . Kesian umi tengok Hawa Nurraida nie  . . Umi pon rasa nak nangis sekali , tapi umi cover la sikit , depan doctor tu kan . . (T_T)

Itz ok , its orite , nangis la Hawa Nurraida oii , janji lepas nie Hawa sihat . Panas hilang , baru semangat nak main main , kalau tak . . Dari pagi sampai petang , tido je . . Sunyi sepi rumah dibuatnya ! Thats mean what ? Ada kebaikan juga la penggunaan PCM SUPP nie tatkala anak kecik kita nie demam kan ? Ada juga kebaikannya yg lain , iaitu :

~ PCM SUPP yg dimasukkan di bahagian dubur mempunyai kelebihan tindakan lebih cepat berbanding dengan ubat minum .

~ PCM SUPP juga membantu melegakan sistem penghadaman bayi , apabila bayi terus membuang air besar selepas dimasukkan PCM SUPP tersebut .

~ PCM SUPP juga boleh digunakan sekiranya anak enggan memakan ubat .

Haa guys ! PCM SUPP nie juga ada cara penggunaannya juga ok . . Tak boleh ikut suka hati uols je berapa das nak tembak dalam bummbumm baby tu taw ! Oleh kerana ia juga merupakan ubat paracetamol , perlu la juga diambil perhatian agar anak anak kita tidak terlebih dos paracetamol . Jumlah dos maksima paracetamol dalam sehari hendaklah diambil kira kedua dua ubat PCM SUPP dan ubat minum pcm . Adalah memadai sekiranya penggunaan pcm tidak melebihi 4 kali sehari (misalnya , sekali PCM SUPP dan tiga kali ubat minum) .

Haa . . Clear tak ? Mudah mudahan dapat memberi informasi kepada para pembaca sekalian . Lastly , tQvm for reading this entry . Bye !




Sel Sel Otak Sedang Berhubung Dengan PADDED BOOK by MIND TO MIND .

Assalamualaikum readers !

Rasa macam dah lama tak cerita panjang panjang kat blog nie , so . . . Hari nie aku nak cerita pasal PADDED BOOK , juga dalam bahasa melayunya disebut Buku Empuk . Aikk ? Sel sel otak sedang berhubung dengan buku empuk ? Benda benda yg empuk nie sedapnya dibawak tido je . . Ye tak ? Otak siapa pulak yg sedang berhubung nie ? Hmm . . Si manja aku la . . Hawa Nurraida .


Itu la dia Padded book yg aku maksudkan . Disebabkan Hawa selalu sangat kacau cousin dia bila nak jadual buku sekolah , terusss . . CikNa Hawa belikan buku nie . Simpan . Bila Si Hawa sama sibuk nak tolong jadualkan buku cousin dia tu , keluarkan la buku nie . Haa . . Duduk diam la dia . Actually , padded book nie juga berfungsi sebagai baby's first book taw ! Buku nie tak bahaya , sebab . . Tak de permukaan tajam & yg paling penting , bila Hawa duk gigit gigit buku nie , buku nie tak terkoyak pon !

At the same time , bila tiap tiap hari dia dah menghadap buku nie , dia dah start ingat & kenal apa apa yg ada dalam buku nie . Contohnya , kucing . . Dia tau dah yg mana . Tapi ! Nyesal pulak ajar Hawa panggil kucing tu meow . . Bila aku cakap mana meow , dia tunjuk kat kucing tu , tapi bila aku cakap mana kucing , dia buat derkkk je . Huhu . Tak pe . Hawa sila cuba lagi ok ?


Bukan setakat tau meow yg mana satu je , sekarang nie dah faham . . Sayang meow . . Sayang meow , amek kau ! Sampai macam tu sekali dia punya sayang . Bagi aku , padded book nie sangat memberangsangkan otak anak anak kita yg masih bayi nie dengan contents dia yg colourful . . Memang interesting la kan . . Ada satu hari tu , Hawa sebut depan aku , "enasshh" . Aku cakap , "tak de . Dalam buku nie tak de nenas la Hawa . ." Lepas tu aku saja la belek belek buku tu , sekali je . . . . .


Tu diaaa ! Ada nenas rupanya ! Adehh . Nampak sangat aku tak berapa nak tengok gambar gambar yg ada dalam buku nie kan ? Hawa lagi pandai daripada umi ye . . Hmm . See ! Colour dalam padded book nie terang terang kan ? Baik juga untuk merangsang penglihatan bayi .

Meoww yg Hawa sayang sangat tu . .

Lets learn . .

Belajar , belajar juga . Main tetap main . Hmm !

Ouuh . Kenapa ya ? Aku amek gambar Hawa tengah belajar dengan padded book nie , mesti Hawa tengah tak pakai baju ? Hehehe . Kebetulan . So far Hawa ada dua je padded book nie , esok lusa aku nak tambah lagi koleksi Padded Book by Mind to Mind nie . Harusss la , beli satu persatu . Huhu .


Ada 12 title semuanya . Hawa kena ada 12 , 12 nie ok ? Nanti Umi suruh CikNa belikan lagi . Hahaha . CikNa Hawa , sila amek perhatian ! Those yg nak dapatkan buku nie as your baby's first book , boleh la pergi ke book store yg berdekatan ye ? Macam Hawa , CikNa dia beli kat Popular . Sekarang nie zaman dah serba canggih kot ? Boleh beli juga dia website Mind To Mind . (=

Boleh klik sini ye . .
Thats all for today . Semoga apa yg aku share nie boleh la dimanfaatkan oleh para pembaca sekalian . Terutamanya those yg ada baby tu . . Yg baby tengah nak membesar tu . . Daripada kita bagi dieorang main handfon , tab bagai , bagi dieorang belajar pakai padded book nie pon bagus . Handfon , tab & semua semua tu boleh juga main , tapi . . Kena ada batasannya juga . Betul tak ?

tQvm for reading this entry !







WordLess Wednesday : Jauh Dimata , Dekat Dihati .

Walaupon suami aku tak tengok anak dia setiap hari , tapi jangan anggap dia amek remeh je soal anak nie ok ? Buktinyaaa , kat bawah nie . . Hehe .

Bintat sikit je pon . . Huhu .

Elak sembelit dengan NUTRIFRES .

Assalamualaikum !

Siapa yg mengikuti blog aku nie pasti ada baca kesah pasal Daq Wawe dulu sering diganggu dengan masalah sembelit . Kalau belum baca , sila klik sini untuk mengetahui cerita yg sebenarnya . Jenuhhh . . Nak menghadap masalah sembelit nie , terutamanya apabila anak kita yg masih baby nie yg mengalaminya . Start daripada susu sampai ke solid food dia aku mengkaji , dimanakah silapnya ? 3,4 hari ok , lepas tu nanti jadi balik sembelit .

Sampai la 1 hari tu aku bawak juga Daq Wawe nie pergi hospital , sebabbb . . Kalau dah sampai 4 hari pon dia tak de perasaan langsung nak membuang . Dia buat relax buat peace je , kau rasa ? Nyaris aku nak bawak jumpa pakar si Hawa Nurraida nie taw ! Pening dengan masalah dia yg tak berapa suka nak membuang . Masa dekat hospital tu , ada sorang mak cik nie , (nama dirahsiakan . Hehe .) tanya . . Kenapa dengan anak awak ? Nie haa makcik oii . . Anak saya nie dah 4 hari tak nak buang air besar ! Lahh . . Iye ke ? Cuba awak bagi dia minum jus mango tiap tiap hari , in shaa Allah berkesan . Mak cik bagi cucu makcik (cucu dia sama umur dengan Daq Wawe) minum jus mango . lancar je dia nak  . . . . . (kau pon tahu ayat yg seterusnya kan?) . Ouhh iye ke ? Baik ! Esoknya , mula la misi aku mencari jus mango yg sesuai untuk anak aku . Pergi Tunas Manja , kalau boleh semua minuman yg berasaskan mango aku nak beli . Memang nasib tak berapa nak menyebelahi aku la pula masa tu , sebabbb . . Jus mango jenama apakah yg makcik tu maksudkan ? Adesss  . . Aku pula tak tanya ! Mision failed !

Dah dekat rumah , aku tengok . . Ada 1 ibu oren (jus mango sebenarnya ye) nie , kakak aku yg beli . Kakak aku cakap , try bagi Daq Wawe minum jus nie , berkesan tak ? Nak tahu jus mango jenama apa ? Nie dia . . . . . . . . . .

NUTRIFRES MANGO CONCENTRATE

Sejak kakak aku beli , sampai hari nie  . . Tiap tiap malam sebelum tido , mesti aku bagi Daq Wawe minum benda nie , then esok pagi dia bangun tido , terusss . . Membuang macam biasa . Alhamdulillah . Serasi dengan dia . Dah 2 botol aku try . Memang ok . Btw , orang dewasa pon kalau sembelit aku high recommended , minum la Nutrifres nie . . In shaa Allah masalah sembelit tu akan selesai dengan izinNya .

Kalau nak bagi baby minum , jangan pulak sukat pakai sudu yg besar tu ! Nanti tak memasal bergelodak pulak perut anak korang . Pakai sudu kecik je , dah cukup . Macam aku buat nie . .



Hopefully perkongsian aku pasal NUTRIFRES nie bermanfaat untuk pembaca sekalian . NUTRIFRES nie ada juga berperisa selain daripada mango taw ! Ada banyak . . Korang pergi je dekat pasaraya yg berhampiran , mesti ada ! Selamat mencuba !


Rangkaian Fruit Juice by NUTRIFRES

tQvm for reading this entry !

12 Sebab Kenapa Harus Selalu Peluk Anak .

Assalamualaikum w.b.t . .

Disebabkan hari nie hari Jumaat , penghulu segala hari , harusss la kita  menulis benda benda yg baik sahaja ye . Kalau boleh , setiap hari pon biar tulis benda yg baik baik je . In shaa Allah . Disebabkan juga rasa rindu dekat Daq Wawe , walaupon baru 1 jam 15 minit je tak tengok dia , maka . . Hari nie aku nak share sikit , sebab musabab kenapa kita harusss selalu peluk anak anak kita . Jom baca !

Sebelum baca , tengok dulu gambar umi peluk Daq Wawe . . Hehehe .


umi tukang peluk & ayah tukang sergah

Sekarang , baru boleh baca . .

1. Ia menyehatkan jiwa & tubuh . Pelukan meningkatkan Self-Esteem & berupaya mendorong lebih baik daripada nasihat .

2. Ia mampu menyembuhkan hati yg terluka . Hanya dengan kekuatan pelukan , ia mampu sampai ke dasar hati . Pelukan adalah cara terbaik memujuk anak & mententeramkan hatinya .

3. Ia menguatkan sistem imunisasi . Sentuhan yg tepat merangsang kelenjar tymus yg mana akan merangsang produksi sel darah putih , komponen utama sistem pertahanan tubuh manusia , jadi . . Selalu la peluk anak yg sakit ye . .

4. Ia dapat meningkatkan mood & menaikkan skala kegembiraan . Pelukan yg lama meningkatkan arus hormon serotonin dalam tubuh .

5. Ia mampu melepaskan segala tekanan & meregangkan otot . Ia dapat merangsang pengaliran darah ke sel sel tubuh , sehingga dapat mengurangkan rasa sakit .

6. Ia dapat mengimbangi sistem saraf . Pelukan & sentuhan merangsang kulit , dengan itu berupaya meningkatkan kelembapan & elektrisiti selalu merangsang keseimbangan sistem saraf parasimpatetik .

7. Ia menanam sifat empati & saling memahami . Tenaga yg terhasil anatara ibu& anak dapat memperbaiki & meningkatkan komunikasi & hubungan . Jika merasakan anak kurang memahami kita , peluk la dia selalu . 

8. Pelukan terhadap bayi dapat merangsang perkembangan dengan lebih cepat . Anak yg jarang dipeluk mempunyai tahap perkembangan berjalan , bercakap & membaca sedikit lambat . Haa . . Jom jom jom peluk anak kita lebih kerap ok ?

9. Ia merangsang pengaliran darah . Pelukan ibu dapat menyihatkan jantung , mengurangakn tekanan darah tinggi & mengimbangi degupan jantung . Cuma dengan 10 kali pelukan setiap hari , dapat mengubah tindak balas biokimia & fisiologi tubuh badan . Wowww . . Hebat hebat hebat .

10. Ia meningkatkan IQ anak . Pelukan & sentuhan merangsang pengaliran darah ke otak . Dengan itu , bekalan oksigen dapat sampai ke otak untuk timbal balik kimia di otak . Anak mudah belajar  , mudah faham , besar hati & bagus dalam mengawal fikirannya .

11. Ia membantu mengawal emosi negatif . Anak akan belajar untuk lebih rasional . Tidak mudah marah , lebih tenang , tidak mudah putus asa , tidak membenci & tidak mudah untuk berasa gagal .

12. Ia mengajar bagaimana untuk memberi & menerima . Pelukan memdidik apa itu nilai kasih sayang dengan memberi , menerima & saling berkongsi .


Sumber : Facebook Buku Khanza

So . . After this , rajin rajinkan la memeluk buah hati kita , harta dunia akhirat kita ok ?


Peluk lagi sekali . . Huhu 


Peluk punya peluk , sampai tertido pulak diaaa . .


tQvm for reading this entry !


Sesuatu Yg Dapat Menguatkan Diri Ini .

Nak kuat ? Senang je . Minum milo . Anda jadi sihat & KUAT . Hehehe . Gurau je .

Sesuatu yg menguatkan anda . Kalau anda ? Apakah yg buat anda kuat ? Macam saya . . (ishh , pakai saya lah pulak) saya selalu ingat yg kehidupan di dunia ini hanyalah sementara . Akhirat juga yg kekal selamanya . Ingatlah kepada Yang Maha Besar , Maha Pencipta kita , Allah S.W.T , In shaa Allah , bila fikir macam tu , saya akan sentiasa kuat menghadapi hari hari yg mendatang .




Selain daripada tu , anak saya juga merupakan sesuatu kekuatan untuk saya . Hawa Nurraida nama diberi . Daq Wawe nama panggilan suka suki . Sudah 9 bulan 1 hari . Bijak bestari . Kadang kadang meragam mengalahkan budak lelaki . Hehehe . 




Tak lupa juga . Suami yg sentiasa berada disisi saat susah senang , sihat sakit . Alhamdulillah . Dipertemukan & berjodoh dengan si dia . Bila saya lemah , sedih , lepas mengadu pada Yang Esa , dekat suami nie lah pula saya mencurahkan segalanya . Huu . .




Banyak sebenarnya yg boleh menjadikan kita kuat , terutamanya manusia disekeliling kita , manusia manusia yg kita sayang . Apa yg saya cerita , itu dari dalam diri saya . Anda pulak macam mana ?

WordLess Wednesday : Hawa Nurraida 9 Month Old Today .

Assalamualaikum w.b.t . .


opp . . opp . . Tepi . . Hawa nak lalu nie . .




Hari nie anak umi & anak ayah Hawa Nurraida nie dah 9 bulan pon . Alhamdulillah . tQvm Allah , untuk permata hati kami nie . Semoga Hawa sentiasa sihat , gembira & menjadi anak yg solehah . Aaminn . InshaaAllah .

Kes Sembelit Si Hawa .

Assalamualaikum w.b.t semua . .

Oppsss . Ini bukan Hawa ye . Ini baby comel . Sekadar gambar hiasan je .


Kau tengok muka baby yg kat atas nie pon kau punya rasa kesian tu mesti dah terbit dalam hati kan ? Apatah lagi aku nie haa . . Menghadap Hawa bila dia nak membuang . . SEMBELIT ! Banyak hari jugak la dia sembelit . Jenuh aku & husband aku ikhtiar la macam macam . Refer sana sini .
Selalunya , bila baby sembelit , ramai yg akan cakap . . "susu tak sesuai kot . . try tukar susu lain . ."


Isomil 0-12 Bulan

Disebabkan aku nie seorang mak yg bekerjaya , aku kena la hantar Hawa kat rumah pengasuh (hakak ipar aku) bila aku nak pergi kerja . Lepas habis pantang 44 hari , nak tak nak kena la bagi dia minum susu formula sementara tunggu aku nak BreastFeeding (BF) kat dia lepas dah balik kerja . Kenapa aku tak pam ? Then buat stok kat freezer ? Jawapannya , Hawa tak nak minum susu umi dia kalau letak dalam botol . Dia nak direct BF . Mungkin sebab sambil BF , dia boleh pegang pegang tangan aku . Main main tangan aku . Dia buat macam masuk gear 1,2,3 masa tengah drive kereta tu . Tapi , ada jawapan yg lebih tepat , iaitu . . sebab aku malas ! Hahaha . ISOMIL , Hawa minum . . sampai dia 6 bulan . Okeiy . Tak de masalah . Ikut sukati aku je . . Bagi anak minum susu formula rumusan soya . Sebab . . masa aku pregnantkan Hawa dulu , aku minum susu soya . Sebenarnya sebab tu dah tak relevan lagi . Sebelum nak bagi anak minum susu soya , elok la kalau kau pergi tanya pakar pemakanan kanak kanak terlebih dahulu okeiy !

Bila Hawa dah 6 ++ bulan , dah start makan solid food . Ntah macam mana , dia nak membuang tu . . macam dah tak reti . . Lepas tu asyik nangis bila nak berrr . . Aku dah agak ! Mesti akan berlaku macam nie . Perghh . Stress sekejap . Aku punya tahap stress tu sampaikan aku pergi ke dapur , aku buka peti ais , dan dengan selambernya aku memakan daun salad dengan begitu sahaja ! Kenapa ? Apa yg pelik ? Ye la . . Aku tak pernah makan daun salad mentah mentah macam tu je . At least aku akan cicah dengan sos atau kuah kacang . Baru la sedap ! Tapi hari tu memang hari yg . . . . . Fikirkan anak . Mak mana yg senang hati kalau tengok anak susah nak berak ? Anak kecik lagi wehhh . . Kalau dah besar , jangan la kau cari mak kau pulakkk . . bila kau nak berrr . . . kan . . Kau pergi cari toilet terusss . Pon lagi bagus tahu ? hmm . Dah , tukar susu ! Suggestion dari best friend aku .

Enfalac A+ Step 2

Jangan ingat Hawa suka laa . . Dia ludah ludahkanya pulak . . Nak tak nak , sementara nak cari yg lain yg sesuai dengan dia , terpaksa la sambung minum isomil semula . Makin sembelit aku tengok anak aku nie . Sikit sikit je dia membuang . Macam tak puas . Sometimes aku fikir jugak . . Ke aku bagi dia makan solid food yg tak betul ?


lenyek . . lenyek . . lenyek sampai lebam . Hahaha . Gambar ihsan google .

Sejak Hawa dah boleh makan , melenyek je la kerja aku . Ada yg cakap . . "cuba jangan lenyek , kau blend . . bagi lagi halusss . ." Tapi aku tak buat . Haa . .tu laa . . cakap orang tua tak nak dengar ! Aku masih lagi dengan pendirian aku . Arghhh . . Susu buat slek nie . . Tanya kat kawan kawan yg ada anak kecik . .


Similac LF 0-12 Bulan

Adik beradik isomil , tapi . . jangan cakap nie pon susu soya okeiy . . Ini susu lembu tahu ? Hawa suka . . Masa syiokkk dia nak minum susu nie , lega sikit hati aku . At the same time , Hawa demam pulak . . Pergi hospital , kena sumbat pulak dengan ubat yg masuk kat bummbumm tu . Adehhh . Dah la anak aku tu sembelit . Doktor tenyeh pulak benda tu masuk dalam bummbumm dia . Tak ke sadis namanya tu ? Tapi tak pe . . Disebabkan ubat tu , Hawa pon berrrr . . Tapi sebelum nak berrr tu , perghh . Dia punya menggelodak perut , dengan aku sekali menangis . Mak tak de . Pergi KL . Husband baru otw nak balik rumah dari Kuantan . Uwaaaa . . . . . Tapi , aku harus kuat ! Jyeahh !
Hampir giveUp jugak aku . Tak nak dah tukar susu . Mehh la kita kaji pulak solid food yg aku bagi kat Hawa . Dah stop bagi makan nestum . Okeiy . . blend pon blend la . . dan . . aku google . . Apa lagi yg aku harus lakukan . . cuba bagi baby makan dalam kuantiti yg sikit di samping tambahkan banyak serat dalam solid food yg baby selalu makan tu . Baik !


Gambar ihsan google

Gigih la aku memblend makanan si Hawa nie . . Husband aku sokmo pesan . . Jangan lupa bagi makan pisang . . betik . . Ye , ye , Baiklah . . Lepas dah buat semua perkara yg aku nyatakan tadi , ALHAMDULILLAH ~ ~ ~ Hawa dah tak sembelit lagi . Yeayyy . . Susu pon dah tak tukar . Dia minum yg Similac LF tu je . . Hari nie je , pukul 6.30am dia dah bangun . . Nak membuang  . . Hee . . Baru lega perut dia kan . . tQvm kepada sesiapa yg banyak bagi info kat aku pasal baby sembelit . Memang berguna . Tetiba aku rasa macam nak tubuhkan 1 group whatsapp untuk mak mak yg ada anak kecik . senang nanti . . nak tanya apa apa . nak share apa apa info . sesiapa yg nak , boleh tinggalkan nombor fon kat ruangan komen . hee . gurau je . . kbye . . tQ sesiapa yg baca  entry nie . .






 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in