Bangunkan Sebuah Istana Dalam Syurga .

Assalamualaikum w.b.t . .

Semua dah tido ke ? Awal je tido ? Siapa yg belum tido tu , kita geng ! Mehh baca entry aku nie . . Rasa macam dah lama pulak tak update blog . Nie . . Daq Wawe dah tido , boleh la aku curi curi update blog sebelum dia terjaga .

Mukadimah pon macam dah tak berapa best , tapi tak pe . . Keep reading ye guys . . Terutamanya sesiapa yg bergelar wanita . Lelaki pon boleh baca . Tak de masalah . Btw , apa yg aku taip , refer pada diri aku sendiri taw !

Bila anak dah tido , aku tak tido . Bila anak tak tido , aku sibuk suruh dia tido , sebab aku pon  nak tido . Katanya ! Penat kot ? Padahal jaga anak petang - malam - sampai dia tido . Pagi nak pergi kerja , hantar anak rumah pengasuh . Bila off day , jaga anak fullday , fulltime , tak de pulak rasa penat macam nie haa . . Tiba tiba aku dapat 1 ilham . Ye ! Aku tak payah kerja dah kot ? Resign . Jaga anak + jadi suri rumah sepenuh masa je la . Ok . Akan dipertimbangkan . Apa yg aku nak bagitahu kat sini , banyak sangat pahala yg kita dapat bila kita jaga anak dengan kudrat kita sendiri . Masa mengandungkan dia pon dah berapa banyak pahala kat situ . Lepas tu , sebelum nak lahirkan dia , masa menanggung sakit tu pon dah terhapus dah dosa dosa kita . Inikan pulak bila bersalinkan dia , terusss . . Terhapus sudah segala dosa dosa kita . Bila dah lahir , nak membesarkan dia pulak . Dah la hilang segala dosa , dapat pulak pahala . . Siapa yg tak nak kan ? Tapi , kita orang perempuan & mak mak nie pon manusia biasa juga . Kenal erti penat letih segala . Kadangkala rasa geram juga . Bila si anak buat perangai tak reti bahasa . Dari situ la kita diuji kot ? Setinggi mana kesabaran kita untuk memperoleh pahala . Pahala itu la yg akan membolehkan kita membangunkan sebuah istana di syurga nanti . In shaa Allah .

Cerita punya la cerita pasal anak , jangan la kita lupakan pula En. Suami kita yg tercinta . Padahal dia la nombor satu dari segalanya selepas Yang Maha Esa . Mungkin ada dalam kalangan kita yg terlampau sibuk melayan kerenah anak , terutamanya anak kecik , baby lagi , macam Daq Wawe . . Serba serbi nak dilayan , sampai En. Suami buat hal dia sendiri . Ada tak macam tu ? Korang , ada tak ek ? Ada . . Aku ke ? Hikk . Macam aku . . Alhamdulillah . Allah kirimkan En. Suami yg memahami . Mana yg dia boleh buat , memang dia kan buat . Mana yg nak kena tunggu aku buat , aku akan buat . Sharp on time ! Tanpa was was ! Jaga anak dapat pahala , jaga suami pon apa kurangnya ? Mesti la hebat juga . Syurga juga ganjarannya . Elakkan la merungut depan suami . Aku pesan untuk diri aku sendiri juga nie ok . Kalau selalu sangat merungut depan suami , suami bosan ke ek ? Maybe yes , maybe no . Whos know ? Heheh .

Kalau letih jaga anak , tetap kena jaga juga . Harta kita . Jangan pula kata jaga suami pon letih juga . Ehh kau dah kenapa ? Nak kena ke ? Mana ada . . Aku hanya nak sedapkan ayat sahaja . Aikk . . Dah macam pantun pula ya ? Begitu juga degan solat kita . Penat , letih tahap dewa 19 pon kita tetap kena laksanakan juga . Dah sehari dari pagi sampai ke malam , Allah bagi peluang hirup udara segar , masih boleh bernafas , masih boleh tengok muka muka insan yg kita sayang . Solat la . .  Tanda kita syukur & terima kasih padaNya . Dikira pahala . Tak buat , dosa . .

Selagi bernafas , selagi tu boleh kumpul pahala , supaya kita sama sama dapat bangunkan sebuah istana dalam syurga di akhirat sana . Banyak cara nak kumpul pahala nie kan ? Yang aku cerita nie sebenarnya macam liku liku kehidupan yg aku hadapi sehari harian gitu . Semoga bermanfaat untuk semua .

" sesiapa yg beramal soleh , dari lelaki atau perempuan , sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yg baik & sesungguhnya Kami akan membalas mereka , dengan memberikan pahala yg lebih dari apa yg mereka telah kerjakan ."
(AnNahl : 97)


tQvm for reading this entry .

4 comments:

  1. Anak: anugerah berharga. Cannot sabar nak ada anak sendiri kelak and alami pengalaman menjaga sepertimana ibu-ibu yang lain.

    Nisa'

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah . nanti ada rezeki , dapat la rasa pengalaman tu . .

      Delete
  2. InsyaƁllah...Amin...

    p/s: boleh je nak join segmen nieyl tu walaupun xde twitter :)

    ReplyDelete

 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in