WordLess Wednesday : Gerhana Matahari .



Gambar @ blog ShafiQoLbu

Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai ‘sebaik-baik kurun’.





Gerhana Matahari disebut ‘Kusuf’ (الكُسُوفِ) di dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari , sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya .

Gerhana berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT , tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT . Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains .

Sumber : Blog shafiqolbu .

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in