WhatsApp Group Lelaki & Perempuan .

Assalamualaikum w.b.t & hye !

Sebelum aku nak cerita panjang panjang nie , sesiapa yg belum ada aplikasi WhatssApp dekat Smartphone dia , sila download sekarang ! Sebenarnya kalau tak  nak download pon tak pe ye . Saja je aku nak bagi sedikit tekanan kepada para pembaca sekalian .



Elehh . . Kenapa la aku nak suruh orang download download WhatsApp bagai ? Sedangkan aku nie , kalau tak kerana boss aku , aku pon memang akan masuk dalam kategori ketinggalan zaman . Sebab tak tahu pon pasal WhatssApp nie taw ! Boss aku cakap , dulu , masa 3 atau 4 tahun lepas kot . . "junnnnn . . Install la WhatsApp , Viber , senang nanti saya nak mesej apa apa . ." Aku jawab , " Hahh ? Apa WhatsApp ? Viber ? " Lepas tu boss aku tunjuk kat Smartphone dia , baru aku tahu . . Terusss aku install . .

Ok , dah terlampau banyak sangat pendahuluan . Fokus pada tajuk ye . Kalau ada WhatsApp , ada la groupnya . Tak gitu ? Aku pon tak terkecuali . Suami aku pon termasuk la sekali . Yang paling bagus group family family tu kan . . Yang group kawan kawan sekolah dulu ke . . Kira ok la tu . . Yang kurang menyenangkan aku sejak dua menjak nie kan . . group yg asing asing gender . Perempuan untuk perempuan . Lelaki untuk lelaki .

Sudah lama aku memendam isu nie , baru sekarang aku mendapat ilham untuk cerita & share pasal banda nie . Sekadar pendapat diri sendiri . . Semoga aku tak dikecam di kemudian hari . . Hehehe . Pada pendapat aku , group orang perempuan nie kebanyakannya cute .Kalau bersembang dalam tu pon benda benda yg tak keterlaluan . Tak dinafikan , ada gossip & mengumpat juga . Tapi tapi tapi . . Tak de nak merepek sampaike tahap yg . . . . . Korang pon dah tahu ayat yg seterusnya kan ?

WhatsApp Group Gegirl

Aku & husband aku kalau bab bab hP nie memang tiada rahsia la antara kita . Kadang aku baca juga group group dalam tu . . Ada yg ok , ada juga yg menjengkelkan . Husband aku cakap , tak payah baca , mengarut semua tu . . Dah tahu mengarut , kenapa join jugak ? Dah orang add katanya . . Janji dia tak masuk campur . Aku perhatikan je . . Ada 2 jenis attitude . 1 yg ok . Yg lagi 1 aku tak berapa berkenan . Aku tanya , orang lelaki nie kalau buat group WhatsApp nie memang bersembang pasal benda nie ke ? Husband aku jawab , yg elok kita ikut . . Yg tak elok kita tinggalkan . . Ye , aku tahu . Tak semua lelaki teruk . Ada juga WhatsApp group lelaki yg baik baik .

WhatsApp Group Lelaki I
WhatsApp Group Lelaki II

Korang tengok , korang pon boleh bezakan yg mana yg elok , yg mana yg tak elok kan ? Tak pasal pasal jadi persoalan pula pada diri aku nie , memang kena bersembang benda benda yg macam tu ke atau macam mana ek ? Ingatkan aku je yg persoalkan benda nie , ada juga orang lain yg memikirkannya . . Huhu .



Bukan nak salahkan sesiapa atau nak menyebelahi mana mana pihak lelaki ataupon perempuan . Tapi . . Cuba la terima la hakikat kehidupan yg sebenarnya ok ? Elakkan la kongsi dosa dengan orang lain . Kau nak buat dosa , kau je la dosa sorang sorang . Jangan disebabkan nila setitik , rosak susu sebelanga . Gituuu . . WhatsApp group lelaki yg elok tu memang aku respect . Banyak juga motivasi yg mengingatkan hal hal akhirat . Yg lagi 1 tu . . Harap harap tak berleluasa la hendaknya ye . .

Minta maaf andai ada yg terasa
Blog nie Junn yg punya
Sekadar bekongsi cerita & pendapat sahaja
Yg elok kita terima
Yang tak elok , nie jawapan dia . . . . .



tQ for reading this entry . Bye !

4 comments:

  1. huhu saya ni mmg jenis yg sangat malas dgn group2 ni...
    ada 2 group kwn yg smpai kecik ati sbb sy kuar group huhu
    bukan apa... saya rimas la notification berjela... kalau off pun notification, stiap kali bukak whatsapp smpai beratus nombor tu... tiap2 kali ka bukak group tu smata2 nk resetkan nombor notification yg menyemak tu huhuhuu...

    terpulang lah masing2 kan..
    kalau mcm sy ni pn susah jg... org kata kera sumbang pula tak pasal2 kkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. group yg penting penting je kita join . . yg tak penting tu left je . .

      Delete
  2. Huuhuhuuhhu... banyak jugak group whatsapp aina left. Memang tak larat iols nak layan. Kadang kadang group campur kawak lelaki ni mengarut mengarut.. bg aina group ni perlu ada utk tujuan & info penting...kalau berfungsi suam suam kuku tu tak payah la nak adaa.

    ReplyDelete

 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in