Wanita Yang Bijaksana , Menjamin Kehidupan Yang Bahagia .



Wanita wajib menyambut suaminya dalam keadaan yg terbaik ketika suami pulang ke rumah . Tidak boleh menambahkan tekanan kepada suaminya , terutamanya apabila suami memang sedang barada dalam keadaan tertekan , letih & stress . Namun sebaliknya , hendaklah seorang isteri menyambut suaminya dengan senang hati & memenuhi apa jua permintaannya tanpa bertanya mengapa dia berada dalam keadaan yg sedemikian .

Apabila suami telah tenang & kelihatan sedang santai berada di rumah , biasanya dia sendiri akan menjelaskan apa yg terjadi & apa yg sedang difikirkannya . Kalau suami masih berdiam diri , mungkin juga ini adalah waktu yg tepat untuk si isteri bertanya & caranya harusss la dengan gaya bahasa yg menunjukkan kekuatiran + kebimbangan terhadap keadaan yg sedang dialami oleh suami .

Apabila isteri mempunyai kemampuan untuk membantu menyelesaikan permasalahan yg mengeruhkan fikiran & memyempitkan dada suaminya , sebaiknya isteri bersegera la membantunya , kerana . . Sikap seperti ini akan banyak meringankan beban suami . Kerana itu , suami akan merasakan bahawa di dalam rumahnya terdapat permata yg berharga , bahkan jauh lebih berharga daripada permata mana pon yg ada di dalam dunia .

Bukanlah sekadar bijaksana dalam jurusan akademik sahaja , tetapi kebijaksanaan melaksanakan tanggungjawab terhadap suami juga . (=


" Mudah mudahan Allah mendatangkan kemudahan , kerana sesungguhnya setiap harinya Dia mempunyai urusan berkenaan dengan makhlukNya "

14 comments:

  1. Mudah-mudahan kita si isteri sentiasa melakukan yang terbaik untuk suami dan keluarga :)

    ReplyDelete
  2. " Mudah mudahan Allah mendatangkan kemudahan , kerana sesungguhnya setiap harinya Dia mempunyai urusan berkenaan dengan makhlukNya " -Amin

    ReplyDelete
  3. Moga dipermudahkan untuk kita semua jadi wanita yang solehah. insya Allah :)

    ReplyDelete
  4. Amin. Insyaallah... (^^,) Moga urusan di permudahkan dear.

    ReplyDelete
  5. berat juga tanggungjawab seorang isteri ni.. tapi, macam konsep kita berkawan la.. dengar dan tolong apa yang patut.. tapi, ini pahala berganda2 la sebab bantu suami kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye . . betul tu . . terutamanya sentiasa kena bersabar . .

      Delete
  6. aminn...harap dpt tergolong dikalangan wanita yg bijak sana sini :)

    ReplyDelete

 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in