10 Cara Meraih Kebahagiaan .

Assalamualaikum w.b.t & Salam Jumaat . .

Hari Jumaat , penghulu segala hari ,
Alhamdulillah , kita masih diberi peluang hari ini ,
Masih bernafas lagi ,
Melihat muka insan insan yg kita sayangi ,
Terima kasih Ya Ilahi ,
Berpeluang berasa bahagia untuk kesekian kali . .

Selagi hidup , selagi bernafas , walau sebesar mana pon masalah yg kita lalui , yg kita hadapi , kita semua masih berhak untuk berasa bahagia . Suka sangat aku nak berkongsi dengan sesiapa yg singgah & baca blog aku nie pasal cara untuk meraih kebahagiaan . .

1. Melakukan Pekerjaan Yg Anda Sukai
Bila pekerjaan yg anda sukai itu sukar diperolehi , maka isikanlah hobi anda pada saat saat waktu yg terluang .

2. Perhatikan Kesihatan Fizikal
Sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan , iaitu dengan mengatur rutin makan & minum tanpa berlebihan , membiasakan olahraga & menjauhi kebiasaan buruk & merugikan .

3. Fikir Apa Tujuan Dalam Hidup
Harus memiliki tujuan dalam hidup , kerana itu yg akan membuat anda bersemangat .

4. Lapang Hati
Menjalani kehidupan apa adanya & menerimanya dengan baik , yg pahit atau manis dengan hati yg lapang .

5. Hayati Hidup
Hayati hidup yg sedang dijalani . Jangan sesekali menyesali perkara yg sudah berlalu & jangan pula memeningkan diri dengan hari esok yg belum tiba .

6. Membuat Keputusan
Hendaklah selalu berfikir dalam kerja & mengambil keputusan . Jangan menyalahkan orang lain
atas  keputusan keputusan anda & atas sesuatu yg kadangkala menimpa anda .

7. Jangan Bangga Diri
Sentiasalah memandang orang yg berada di bawah anda .

8. Senyuman
Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman , berjiwa periang & berteman dengan orang yg optimis .

9. Bantu Membantu
Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan dari dirinya .

10. Gunakan Kesempatan Yang Ada
 Pergunakanlah berbagai kesempatan yg cerah lagi indah & anggaplah itu sebagai terminal yg
 sangat penting untuk berasa bahagia .


Sekadar perkongsian untuk aku & korang semua . . Jom cuba try test praktikkan semua yg kat atas tu nak ? Mudah mudahan kita sentiasa akan berasa bahagia .

tQvm for reading this entry !

4 comments:

  1. no 8 tu yang paling senang ^^ nice sharing.. done follow sini.. :)

    jemput join segmen shawal.. :D

    http://www.mohdnoorshawals.com/2016/03/SegmenBlogwalkingBloglist3.html

    ReplyDelete
  2. tq . . done follow . esok saya join segmen tu . . ok , tunggu ye . .

    ReplyDelete

 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in