Elak sembelit dengan NUTRIFRES .

Assalamualaikum !

Siapa yg mengikuti blog aku nie pasti ada baca kesah pasal Daq Wawe dulu sering diganggu dengan masalah sembelit . Kalau belum baca , sila klik sini untuk mengetahui cerita yg sebenarnya . Jenuhhh . . Nak menghadap masalah sembelit nie , terutamanya apabila anak kita yg masih baby nie yg mengalaminya . Start daripada susu sampai ke solid food dia aku mengkaji , dimanakah silapnya ? 3,4 hari ok , lepas tu nanti jadi balik sembelit .

Sampai la 1 hari tu aku bawak juga Daq Wawe nie pergi hospital , sebabbb . . Kalau dah sampai 4 hari pon dia tak de perasaan langsung nak membuang . Dia buat relax buat peace je , kau rasa ? Nyaris aku nak bawak jumpa pakar si Hawa Nurraida nie taw ! Pening dengan masalah dia yg tak berapa suka nak membuang . Masa dekat hospital tu , ada sorang mak cik nie , (nama dirahsiakan . Hehe .) tanya . . Kenapa dengan anak awak ? Nie haa makcik oii . . Anak saya nie dah 4 hari tak nak buang air besar ! Lahh . . Iye ke ? Cuba awak bagi dia minum jus mango tiap tiap hari , in shaa Allah berkesan . Mak cik bagi cucu makcik (cucu dia sama umur dengan Daq Wawe) minum jus mango . lancar je dia nak  . . . . . (kau pon tahu ayat yg seterusnya kan?) . Ouhh iye ke ? Baik ! Esoknya , mula la misi aku mencari jus mango yg sesuai untuk anak aku . Pergi Tunas Manja , kalau boleh semua minuman yg berasaskan mango aku nak beli . Memang nasib tak berapa nak menyebelahi aku la pula masa tu , sebabbb . . Jus mango jenama apakah yg makcik tu maksudkan ? Adesss  . . Aku pula tak tanya ! Mision failed !

Dah dekat rumah , aku tengok . . Ada 1 ibu oren (jus mango sebenarnya ye) nie , kakak aku yg beli . Kakak aku cakap , try bagi Daq Wawe minum jus nie , berkesan tak ? Nak tahu jus mango jenama apa ? Nie dia . . . . . . . . . .

NUTRIFRES MANGO CONCENTRATE

Sejak kakak aku beli , sampai hari nie  . . Tiap tiap malam sebelum tido , mesti aku bagi Daq Wawe minum benda nie , then esok pagi dia bangun tido , terusss . . Membuang macam biasa . Alhamdulillah . Serasi dengan dia . Dah 2 botol aku try . Memang ok . Btw , orang dewasa pon kalau sembelit aku high recommended , minum la Nutrifres nie . . In shaa Allah masalah sembelit tu akan selesai dengan izinNya .

Kalau nak bagi baby minum , jangan pulak sukat pakai sudu yg besar tu ! Nanti tak memasal bergelodak pulak perut anak korang . Pakai sudu kecik je , dah cukup . Macam aku buat nie . .



Hopefully perkongsian aku pasal NUTRIFRES nie bermanfaat untuk pembaca sekalian . NUTRIFRES nie ada juga berperisa selain daripada mango taw ! Ada banyak . . Korang pergi je dekat pasaraya yg berhampiran , mesti ada ! Selamat mencuba !


Rangkaian Fruit Juice by NUTRIFRES

tQvm for reading this entry !

8 comments:

  1. tak pernah dengar pun pasal produk ni. masih baru agaknya ye atau saya tak pernah mengkaji. hii. saya pun alami masalah sembelit juga sampai sekarang cuma takdelah sampai 4 hari. lama betul tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa . . Siqah try la minum jus mango nie ok ?

      Delete
  2. Okaaaaaaayy boleh cuba. Macam nampak perisa Durian Belanda jugak tu. Mango n Soursop ni mmg peberet sejak azali. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa , Aina try laa . . Nanti bagitahu sedap ke tak . . Hehe .

      Delete
  3. Singgah sini...
    ini emel yg di minta : nieyl.puteriimpian@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Tq kak nieyl . nanti saya email ye .

    ReplyDelete
  5. Hi Junn,

    Kami sedang menulis artikel berkenaan jus Nutrifres dan menemui artikel ni. Terima kasih kerana mengongsi pengalaman anda.

    Kami juga pengedar Nutrifres di Lembah Klang, tahun ni kita akan lancarkan Nutrifres Premium Grade Juice Concentrate. Kami juga menawarkan jus dispenser secara percuma untuk pengusaha f&b. Jika ada kawan Junn yang berminat boleh hubungi kami. Untuk maklumat lanjut boleh layari website kami. Terima kasih.

    Beveco Beverage
    http://www.bevecobeverage.com/jus-minuman-nutrifres/

    ReplyDelete

 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in