What Happen To Me ?

Assalamualaikum . .

Ada ke yg rindu kat aku ? Aku rasa nie laa paling lama aku tak update apa apa entry selepas entry yg sebelum nie . . Aku pon rindu kat blog aku nie . . Hanya sempat singgah sekejap je , skodeng chatbox . . Alhamdulillah , masih ada lagi readers yg setia & yg sudi singgah . .

Apa yg dah jadi pada aku ? Biasa laa . . Hidup bagaikan roda , kadang kadang di atas , kadang kadang di bawah . Hidup juga tak selamanya bergembira , ada juga sendu tangisannya . Begitu juga laa dengan kehidupan aku . . Masalah yg aku hadapi , menentukan hidup mati aku . . Hanya Allah yg Maha Mengetahui , kenapa aku diuji sampai tahap macam nie sekali . Ye . . Aku tahu aku mampu , kalau tak . . Kau takkan uji aku kan ? (T_T)


Okeiy . . Aku tak cakap laa yg aku nie hebat , takkk . . Cuma , kita kena pegang satu je . . Allah takkan menguji hambaNya melebihi kekuatan hambaNya itu sendiri . Setiap hari , aku fikir yg baik baik je . . Tapi ye laa , manusia biasa . . Tangan buat kerja , tapi hati & otak aku fikir benda lain . Tak perlu laa aku nak cerita kat sini . . Semua itu personal life aku . . Sebenarnya aku tekad , bila masalah aku dah selesai , baru aku nak update blog . . Nie aku dah update , tapi masalah aku masih lagi kelam kelam nak tuju jalan penyelesaiannya tu . . Walaupon dah nampak petunjuk , tapi masih di tahap yg perlu berjaga jaga lagi . Sepanjang aku tak update blog nie . . Kehidupan aku suram , aku pon macam dah tak bersemangat disebabkan ujian yg aku hadapi nie . Betul betul hebat . Setiap hari aku bangun tidur , aku hanya memikirkan aku hidup nie semata mata untuk anak aku je . . Itu la harta paling berharga sekali . At the same time , anak aku tu laa jadikan aku kuat untuk terussskan kehidupan . Dengan keadaan air yg bercatu sekarang nie , memang gila stress aku dibuatnya . Kerja tadah air & angkut air je laa . . Dengan nak buat kerja rumah , jaga anak lagi , dahhh tu . . Fulltime housewife kan ? Itu pon ada juga sesetengan pihak yg tak reti nak menghargainya pon . . Apa . . Ingat aku tak kerja kat office , duduk rumah goyang kaki je ke ? Adoii laa . . Saborrr je laa . .

Tak pe laa . . Allah sentiasa bersama sama dengan orang yg sabar kan ? Apa yg aku hadapi nie , aku je laa yg tahu . Sepanjang berapa minggu nie memang aku tak ingin berjumpa langsung dengan sesiapa . Sampai tahap macam tu sekali . Bff aku nikah , aku tak attend ! Sampainyaaa hati aku . . Tapi aku dah minta maaf kat dia . Sampaikan Bff aku yg lagi sorang pon macam dah kecik hati dengan aku . . Sebab aku tak contact dia , dia call aku tak jawab , whatsApp tak reply , bukan dia je laa . . Memang aku tak jawab call sesiapa & tak reply whatsApp sesiapa pon . . Aku perlukan masa untuk bersendiri je . . Aku rasa , dalam hidup nie semua aku dah rasa kot . . Susah senang naik turun atas bawah semua laa . . Aku je yg tau rasanya macam mana . .


Walau apa pon yg terjadi , life must go on . . Trouble is a friend yeahh trouble is a friend of mine . Hanya mampu berusaha yg sebaik mungkin & hanya mampu mohon pertolongan dari Allah . Nak tak nak , kena jaga diri . . Kena jaga suami . . Kena jaga anak . . Untuk kuat supaya boleh jaga semua tu mungkinkah aku harusss makan Perlaking , iaitu sejenis kolagen ikan salmon yg kakak ipar aku jual tu ? Hahaha . Tak de kena mengena pon kan . . So , sesiapa yg terbaca entry aku nie . . Boleh la kiranya menyampaikan satu dua kata berupa semangat & nasihat untuk aku nie ye ? Huhu .

tQvm for reading this entry . Bye !

14 comments:

  1. Awak, walaupun saya tak tahu apa masalah awak, harap awak dapat cepat selesaikan masalah itu dan boleh hidup secara gembira seperti dulu.

    Betul awak. Allah hanya akan uji hambaNya setakat kemampuan kita. Insyallah, ada jalan untuk masalah awak dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

    Semoga awak tabah hadapi ujian ini..

    ReplyDelete
  2. Aaminn . Tq Siqah . Bagi kata kata semangat . In shaa Allah . Doakan yg terbaik ye . .

    ReplyDelete
  3. tabah ye cik ju. ingat Allah selalu. dulu arwah mama selalu pesan klu ada masalah mengadu je kt Allah. talian Dia sentiasa terbuka bila2 kita perlukan. lepas tu yakin Allah bantu mudahkan semuanya. insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah . Semua dah ok . .

      Delete
    2. Alhamdulillah . Semua dah ok . .

      Delete
  4. Sabar ye Junn.!

    Aina doakan semoga segala kesulitan yang awak hadapi di permudahkan.. Insyaallah. Perancangan Allah tu yg terbaik. Dia takkan uji luar dari kemampuan hambanya. Don't lose hope. (^__^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm aina . Alhamdulillah . Semuanya makin baik sekarang nie .

      Delete
    2. Tqvm aina . Alhamdulillah . Semuanya makin baik sekarang nie .

      Delete
  5. bersabar la ye junn!,
    semua orang akan ada ujian dan dugaan..
    betul la tu, Allah xkan beri dugaan melebihi kemampuan kita..

    hope semua masalah tu akan selesai nnt.

    fughting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm . Alhamdulillah . So far semakin baik . .

      Delete
    2. Tqvm . Alhamdulillah . So far semakin baik . .

      Delete
  6. Yup. Allah tahu awk kuat sbb tu Dia uji dengan ujian ni. Moga tabah dan sabar melalui semua ujian yang mendatang. Alhamdulillah da semakin baik. hope sis akan terus positive =)

    ReplyDelete

 
Copyright © ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~ | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in